Sunday, April 14, 2013

Tiffany Lihat Malaysia Sebagai Salah Satu Pasaran Utama Di Asia

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Tiffany & Co., pengeluar barangan kemas antarabangsa, menjangka Malaysia menjadi salah satu pasaran utama di Asia dalam masa lima tahun, didorong permintaan kukuh pelanggan.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MalaysiabakalpasaranutamaTiffany_Co/Article
Published: April 15, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130415/ek_03/Tiffany-lihat-Malaysia-pasaran-utama-Asia
Published: April 15, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=941746
Published: April 14, 2013

Naib Presiden Kumpulan, Asia Pasifik & Jepun, Stephen Lafay berkata bahagian pasaran kumpulan telah membangun ketara di Malaysia dengan mencatatkan pertumbuhan dua digit pada jualan setiap tahun.

"Pada masa ini, pasaran di Malaysia membangun pesat dan kami akan cuma mengambil peluang ini. Kami positif bahawa pasaran tempatan akan terus membangun dengan pertumbuhan dua digit yang kukuh," katanya kepada Bernama.

Untuk terus mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan, beliau berkata Tiffany & Co akan menambah koleksi berlian kuningnya di negara ini, dan menyasarkan untuk melancarkan reka bentuk tambahan cincin dan rantai leher tahun ini.

Beliau berkata syarikat itu telah melancarkan koleksi baharu, Harmony, bulan lepas untuk mengukuhkan koleksi perkahwinannya.

Untuk melengkapkan pertumbuhannya, Lafay berkata syarikat itu kini dalam proses membesarkan kedainya di KLCC untuk menjadikannya dua tingkat.

Cawangan itu dijangka beroperasi penuh bulan depan.

Selain KLCC, Tiffany turut mempunyai cawangan di Pavilion, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment