KUALA LUMPUR 23 April - Harga emas yang jatuh sejak beberapa hari lalu merupakan peluang terbaik untuk orang ramai membeli emas bagi simpanan kekayaan untuk masa depan. Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, harga emas yang turun mendadak itu bukanlah satu berita buruk tetapi peluang kepada pelabur baharu.
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130424/ek_03/Harga-emas-jatuh
Published: April 24, 2013
Katanya, walaupun harga jatuh pada tahap yang rendah dalam sejarah, namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi sejak sekian lama.
"Jadi sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli emas sementara harga masih rendah, terutamanya bagi pembeli baharu.
"Menurut sumber-sumber yang dipercayai, sejak beberapa hari lepas, orang ramai dari negara-negara Asia di rantau ini telah bergegas ke kedai emas untuk membeli emas menyebabkan kebanyakan kedai kehabisan stok.
"Ini kerana mereka sedar bahawa emas ialah aset pelindung yang selamat dan berguna semasa kesusahan. Emas adalah mata wang yang tidak boleh dimanipulasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 15 April lalu, harga emas telah jatuh secara mendadak mengakibatkan keruntuhan harga terbesar sejak 1993.
Kejatuhan harga emas itu mengakibatkan ramai pelabur veteran terkejut dan mungkin telah menyebabkan kerugian bagi sesetengah pelabur.
Namun, harga emas telah mencecah harga yang tinggi buat kian lama yang menyebabkan ramai tidak mampu untuk memilikinya.
"Emas selalunya digemari di Asia. Bagi mereka, secara tradisinya, emas dibeli sebagai hadiah untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, ulang tahun, dan sebagainya.
"Kini harga emas telah jatuh, membuatkan lebih ramai orang mampu untuk memiliki emas, terutama bagi pembeli baharu yang ingin menyimpan emas untuk perlindungan kekayaan masa depan," ujarnya.
Permintaan emas telah semakin meningkat sejak tahun 2000, disebabkan oleh negara-negara membangun sedar bahawa emas boleh dijadikan kekayaan baru mereka.
No comments:
Post a Comment