Sunday, April 7, 2013

SKM Atur Strategi Pastikan Koperasi Peroleh RM40 Bilion Pada 2020

BUKIT MERTAJAM, 7 April (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merancang pelbagai strategi bagi memastikan koperasi di seluruh negara mendapat perolehan RM40 bilion menjelang tahun 2020.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/skm-atur-strategi-koperasi-peroleh-rm40-bilion-pada-2020-1.147611
Published: April 07, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=940164
Published: April 07, 2013

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata setakat ini 10,212 buah koperasi yang berdaftar di negara ini meraih perolehan RM31 bilion setiap tahun.

Katanya nilai aset koperasi ialah RM98 bilion dengan jumlah peserta tujuh juta orang melibatkan RM11 bilion syer.

"Saya yakin gerakan koperasi dapat menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara dan SKM akan pacu koperasi bukan sahaja dari segi kuaniti bahkan yang lebih penting kualiti.

"Selain itu, SKM akan menggerakkan koperasi supaya menjadi jentera yang dapat membantu anggota-anggotanya menjana pendapatan tinggi dan seterusnya memastikan organisasi itu terus berdaya maju dan berdaya tahan dengan menyediakan pelapis sebagai kesinambungan," katanya kepada pemberita selepas merasmmikan Program Santai Anak Muda Berkoperasi Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di sini hari ini.

Lebih 8,000 orang hadir pada program yang bermula 8 pagi hingga 11 malam itu dengan pelbagai acara menarik diadakan termasuk pertunjukan dan pameran motosikal, aktiviti sukarelawan serta penampilan khas artis-artis popular seperti Roslan Shah dan Ani Mayuni.

Nik Ali berkata SKM juga mensasarkan setiap koperasi berupaya menjana perolehan sekurang-kurangnya RM800,000 setahun iaitu peningkatan perolehan pada pertumbuhan enam peratus setahun.

"Di samping itu, kita turut mensasarkan sebanyak satu peratus daripada 700 koperasi berdaftar terlibat dalam peningkatan kluster setiap tahun daripada kategori kecil kepada katergori sederhana dan akhirnya meningkat kepada kategori besar," katanya.

Sementara itu, katanya program pada hari ini adalah salah satu usaha SKM menyediakan platform berkesan bagi mendedahkan golongan belia untuk menjana ekonomi melalui koperasi dan menjadikan hobi mereka suatu perniagaan yang menguntungkan.

Beliau berkata setakat ini terdapat 463 buah koperasi belia dengan keanggotaan 292,695 orang melibatkan perolehan sebanyak RM148.8 juta.

"Kita mahu galakkan lebih ramai lagi golongan belia menyertai koperasi kerana jumlah yang ada sekarang ini terlalu kecil berbanding 43 peratus orang muda daripada 29 juta penduduk Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment