Tuesday, April 30, 2013

Masa sesuai beli emas harga rendah

Kuala Lumpur: Sekarang adalah masa sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April lalu.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Masasesuaibeliemashargarendah/Article/index_html
Published: April 30, 2013

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng berkata, sekarang dengan harga merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua terutama pembeli baru yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta.

Pada 15 April lalu, harga emas susut AS$140 kepada AS$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar sejak 1993 dan mengejutkan ramai pelabur veteran. Sejak itu, harga emas memulih sedikit dan kelmarin, ia ditutup pada kadar harga AS$1,408 satu auns, susut AS$16.50.

“Permintaan untuk emas meningkat kukuh sejak 2000 dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara membangun menggunakan kekayaan baru mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.

“Pada masa sekarang, dinasihatkan rakyat Malaysia membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula,” katanya dalam kenyataan, di sini.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment