Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/industri-francais-mampu-capai-rm24b-1.149113
Published: April 12, 2013
Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IndustrifrancaisdiunjurhasilkanRM24bilionKDNK/Article
Published: April 11, 2013
Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mikrofrancaislebihrancak/Article/index_html
Published: April 11, 2013
Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130411/ek_02/Francais-sumbang-RM24b-kepada-ekonomi
Published: April 11, 2013
Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=940982
Published: April 11, 2013
Ismail Sabri (dua dari kanan) bersama Abdul Malik (kanan) melancarkan
Pameran FIM 2013 di Kuala Lumpur, semalam.
ISMAIL Sabri (tengah) menyampaikan sijil kepada
Pengurus Besar Ar-Rahnu Mohamad Sabri Mohamed
Nor sambil diperhatikan Pengerusi MFA Abdul Malik
Abdullah (kanan) ketika majlis pelancaran FIM2013, semalam.
Ismail Sabri Yaakob (tiga dati kiri) menyentuh skrin iPad sebagai
tanda simbolik pra pelancaran Francais Antarabangsa Malaysia
2013 di Kuala Lumpur, semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sasaran berkenaan adalah lebih tinggi daripada pencapaian tahun lepas yang berjumlah RM23.6 bilion, yang disokong oleh pengenalan pembiayaan mikro francais bernilai RM8 juta tahun lalu untuk membantu usahawan kecil.
"Sehingga ini, RM6 juta dari RM8 juta (pembiayaan mikro) telah digunakan dan memberi manfaat kepada 221 usahawan francaisi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis prapelancaran Francais Antarabangsa Malaysia 2013 (FIM 2013) di sini Rabu.
Yang turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Francais (MFA) Malaysia, Abdul Malik Abdullah dan Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Bhd Syed Kamarulzaman Syed Zainol Kodki Syahabudin.
Ismail berkata kerajaan juga telah merangka pelbagai program pembangunan francais tahun ini, seperti Jelajah Francais 1 Malaysia, Francais Komuniti dan Stesen Francais 1 Malaysia, bagi membantu mempromosikan industri itu kepada orang ramai.
Sementara itu, mengenai FIM 2013, katanya pihaknya menyasarkan untuk mencatatkan transaksi jualan berjumlah RM370 juta pada edisi kali ini, yang meningkat RM18 juta berbanding RM352 juta yang dicatatkan pada edisi sebelumnya.
Katanya FIM 2013, yang akan dianjurkan bersama oleh KPDNKK dan MFA di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 20 hingga 22 September, menyasarkan untuk menarik lebih 130 pempamer serta lebih 12,000 pengunjung sepanjang program berlangsung.
Tahun lalu, FIM 2012 telah disertai 115 pempamer dan dihadiri oleh lebih 10,000 pengunjung.
Katanya Malaysia akan turut menjadi tuan rumah kepada mesyuarat Majlis Francais Sedunia dan Konfederasi Francais Asia Pasifik yang akan diadakan serentak dengan pameran kali ke-20 tersebut.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment