Sunday, July 29, 2012

Sindiket cagar emas tiruan tumpas

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket yang mencagar emas tiruan melalui skim pajak gadai Islam, Ar-Rahnu di beberapa bank sekitar ibu negara membabitkan kerugian RM36.6 juta. Kejayaan itu, susulan penahanan lima anggota sindiket berperanan sebagai ‘keldai’ yang menggadaikan tembaga disadur emas untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sindiketcagaremastiruantumpas/Article
Published: July 28, 2012

Bank sekitar ibu negara alami kerugian RM36.6 juta
"Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu":. - Izany Abdul Ghani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani, berkata RM36.6 juta itu adalah sebahagian daripada keseluruhan RM75 juta yang dilaporkan di seluruh negara.

“Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu di bank tempatan.

“Hasil siasatan dijalankan, kita menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam.

Izany berkata, siasatan mendapati semua suspek berperanan sebagai orang tengah iaitu menggadaikan emas tiruan dibekalkan dalang sindiket yang masih dalam buruan polis.

Sindiket untung berganda
Sementara itu, Timbalan Pengarah 1 JSJK Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata ada sindiket meraih keuntungan berganda dengan menggunakan orang ketiga untuk menebus emas tiruan yang digadai mereka.

Katanya, modus operandi sama pernah dikesan sebelum ini, iaitu anggota sindiket menggadaikan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di bank dan menerima nilai gadaian, kemudian menjual surat gadaian kepada orang ketiga.

Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah bank dan orang ketiga.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan, satu sindiket dikesan mencagarkan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di cawangan bank di seluruh negara mengakibatkan kerugian kira-kira RM75 juta.

Sindiket itu dikesan menggunakan modus operandi dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.

Saturday, July 28, 2012

Kopeks Offers Special Loans To Civil Servants During Raya Period

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=683641

Published: July 27, 2012

KOTA KINABALU, July 27 (Bernama) -- The cooperative for civil servants in Sabah, Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Bhd (Kopeks), is offering up to RM15,000 in loans to the state government staff in conjunction with the Hari Raya Aidilfitri celebrations this August.

Announcing this Friday, Kopeks Chairman, Datuk Maznah Abdul Ghani, said the loan facility was open to all government staff who are members of Kopeks including non-Muslims.

"The repayment period can be up to 11 years. The monthly payment is low and the processing is also fast where the loan can be disbursed within 24 hours."

In order to get the loan, applicants must produce their identity card, pay slip and a letter from the employer confirming their salary.

Public servants who have yet to become members and are only just applying to become one, can also apply for the loans, Maznah told reporters at Wisma Kopeks here today.

-- BERNAMA

Friday, July 27, 2012

Polis dedah modus operandi tipu bank

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120726/je_01/Polis-dedah-modus-operandi-tipu-bank

Published: July 11, 2012
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS dan MOHD FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

BENTUK tembaga bersadur emas tulen yang dicagarkan ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan modus operandi dalam kes sebuah bank tempatan ditipu RM75 juta baru-baru ini, adalah dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.

Disebabkan itu, pihak bank gagal mengesan ketulenan emas berkenaan ketika membuat tapisan pertama melalui timbangan menyebabkan pinjaman diluluskan.

Lebih licik, sindiket itu mempergunakan penduduk kampung dengan menawarkan upah RM300 hingga RM800 seorang bagi mencagarkan emas palsu tersebut ke sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Sejurus pinjaman diluluskan dan pembayaran dibuat, wang tersebut akan diserahkan kepada sindiket dan wang upah akan diberikan kepada penduduk kampung tersebut.

Bagaimanapun, selepas tempoh tertentu dan melalui ujian seterusnya menerusi Unit Penyiasatan Kewangan, pihak bank menyedari terdapat tembaga di dalam emas berkenaan sehingga membawa kepada terbongkarnya kegiatan sindiket terbabit.

Sindiket penipuan berkenaan dipercayai menggunakan modus operandi sama di cawangan-cawangan bank tersebut di seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, kes yang sama dilaporkan membabitkan enam negeri iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah dan Melaka.

Katanya, beberapa tangkapan telah dibuat untuk membantu siasatan kes itu tetapi beliau enggan mendedahkan bilangan mereka terlibat.

Beliau turut enggan mendedahkan secara terperinci pecahan kerugian dan bilangan kes dilaporkan di negeri-negeri terlibat kerana siasatan masih dijalankan.

"Polis akan menemui pegawai bank tempatan berkenaan esok, bagi membincangkan kelemahan yang boleh diatasi dalam sistem pajak gadai tersebut.

"Kes tersebut masih dalam peringkat siasatan dan operasi memburu suspek sedang dijalankan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua JSJK Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik berkata, sebanyak 14 laporan diterima membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM5.2 juta dialami cawangan bank tersebut di negeri itu.

"Seramai 43 penduduk kampung di Daerah Barat Daya negeri dikesan telah dipergunakan sindiket berkenaan untuk mencagar emas palsu yang dibekalkan kepada mereka.

"Seorang individu dipercayai orang tengah yang berperanan mempengaruhi orang kampung berkenaan turut diambil keterangan bagi membantu siasatan, semalam," katanya lagi.

Jelas Roslee, dalang kes itu telah dikenal pasti dan sedang diburu.

Pantau harga barangan basah

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20120726/wp_02/Pantau-harga-barangan-basah

Published: July 26, 2012
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 25 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri sentiasa memantau harga barangan basah seperti ikan dan ayam terutama sepanjang Ramadan ini.

Pengarahnya, A. Aruwan Ab. Aziz berkata, pemantauan berterusan itu bagi memastikan para peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga barangan tersebut.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab pihaknya membuat pemantauan setiap hari bukan sahaja ke atas barangan basah seperti ikan dan ayam malah barangan lain seperti minyak masak, tepung dan gula.

"Proses pemantauan ini memang kita lakukan secara berterusan dan dalam bulan Ramadan ini apa yang kita risaukan bukan kenaikan harga barang kerana ia dipantau setiap hari tetapi bekalan barangan itu sama ada mencukupi atau tidak.

"Pihak kami akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan bukan sahaja harga barangan basah tidak dinaikkan malah bekalan barangan mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pemantauan pihaknya terhadap barangan basah seperti ikan dan ayam pada bulan Ramadan ini.

A. Aruwan berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati harga ayam yang dijual di daerah Pekan turun 50 sen daripada RM8.00 sekilogram kepada RM7.50 sekilogram.

Tambahnya, di daerah ini juga harga ayam didapati turun 30 sen daripada RM7.80 sekilogram kepada RM7.50 sekilogram.

"Tetapi masih terdapat kawasan-kawasan di Kuantan yang mengekalkan harga ayam RM7.80 sekilogram," katanya.

Beliau berkata, penurunan harga ayam itu menunjukkan perkembangan baik namun apa yang dibimbangi adalah bekalannya tidak mencukupi.

"Saya harap orang ramai tidak bimbang mengenai kenaikan harga barangan kerana pihak kami sentiasa melakukan pemantauan menyeluruh," jelasnya.

Thursday, July 26, 2012

Bank tempatan rugi RM75 juta ditipu

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20120725/je_01/Bank-tempatan-rugi-RM75-juta-ditipu

Published: July 25, 2012
Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebuah bank tempatan kerugian RM75 juta selepas diperdaya sekumpulan individu menggunakan taktik licik mencagarkan emas palsu melalui sistem pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) di beberapa cawangan bank itu di seluruh negara, baru-baru ini.

Menurut sumber, kegiatan kumpulan itu hanya terbongkar selepas pihak bank mendapati kesemua emas yang dicagarkan adalah palsu ketika proses penilaian aset dibuat.

Tambahnya, kegiatan itu dipercayai melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan pinjaman diluluskan serta pembayaran dibuat terhadap kumpulan tersebut.

"Berikutan itu, lima laporan polis telah dibuat dan satu siasatan kini dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Satu siasatan dalaman turut dilakukan oleh pihak bank bagi mengesan dalang yang terlibat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Difahamkan, beberapa individu telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kata sumber itu lagi, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan dalang terlibat dan dijangka membuat beberapa tangkapan tidak lama lagi.

Timbalan Pengarah JSJK Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md. Isa ketika dihubungi mengesahkan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Kejadian itu merupakan yang ketiga dalam tempoh hampir dua tahun melibatkan tiga buah bank.

Utusan Malaysia pada 17 Februari lalu mendedahkan, sebuah bank di ibu negara kerugian RM19 juta setelah menyerahkan wang pinjaman kepada dua syarikat yang mendakwa mendapat projek penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pada 24 Oktober lalu pula, sebuah bank tempatan mengalami kerugian teruk sepanjang 26 tahun tempoh perniagaannya selepas ditipu sebanyak RM37 juta melalui sebuah komplot pinjaman sebuah syarikat, dua tahun sebelum itu.

Tuesday, July 24, 2012

Bantu askar tiada pencen berniaga

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bantuaskartiadapencenberniaga/Article/index_html

Published: July 23, 2012

PERBADANAN Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) mengenal pasti hanya 8,837 daripada 250,000 bekas tentera tidak berpencen di seluruh negara sudah berdaftar bagi mengikuti Program Pembangunan Sosioekonomi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PPSEV ATM) ketika ini.
Program berkenaan yang diwujudkan bagi membantu bekas tentera tidak berpencen meningkatkan taraf sosioekonomi seperti mengikuti program keusahawanan menerusi Perwira Niaga Malaysia (Pernama) yang mana ia mendorong golongan berkenaan membina perniagaan.

Pengerusinya, Laksamana Tan Sri Ilyas Din berkata, golongan terbabit seharusnya merebut peluang yang ditawarkan Perhebat bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan atau menjadi usahawan menerusi aktiviti yang disediakan PPSEV ATM.
Beliau berkata, Perhebat menggalakkan bekas tentera tidak berpencen menceburi bidang perniagaan yang mana mereka diberi latihan menerusi Pernama secara percuma antara dalam tempoh yang ditetapkan.

“Segala kos perbelanjaan semasa mengikuti latihan berkenaan ditanggung sepenuhnya di bawah bajet RM50 juta yang diumumkan kerajaan tahun lalu yang mana ia digunakan bagi membangunkan projek PPSEV ATM.

“Setakat ini di bawah Pernama terdapat lebih 1,000 pelatih menamatkan kursus peruncitan dan 300 pelatih berjaya menjalankan perniagaan peruncitan dalam pelbagai bidang.

“Tambahan, kita juga mengadakan kerjasama dengan syarikat yang boleh memberi peluang kepada ahli untuk membina perniagaan seperti menceburi bidang francais dan menjadi ejen kepada syarikat berkenaan,” katanya pada majlis pelancaran program usahawan Pernama bersama Singer (Malaysia) Sdn Bhd di Sungai Buloh.

Koperasi jana pendapatan RM7.9j

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

Published: July 24, 2012
Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
utusansabah@utusan.com.my

KOTA KINABALU 21 Julai - Sebanyak RM7.9 juta pendapatan berjaya dijana 42 kedai koperasi di negeri ini melalui program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) dari Januari hingga Jun tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin berkata, dalam tempoh berkenaan juga tiga kedai koperasi telah berjaya menjadi Pusat Pengedar (DC) dengan menjana pendapatan purata RM91,000 sebulan.

“Ini jelas menunjukkan program Tukar dapat membantu koperasi di negeri ini meningkatkan jumlah perolehan khususnya koperasi berskala kecil," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) di Wisma Pertanian di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Maznah Ghani dan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia negeri, Umar Sarim Saidin.

Menurut Yahya, pergerakan koperasi di negeri ini amat berpotensi untuk maju seterusnya menjana pendapatan lumayan.

Beliau memberitahu, bilangan koperasi di Sabah menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8 peratus setahun dengan menyaksikan sebanyak 90 buah koperasi diwujudkan sehingga Mei tahun ini.

“Keanggotaan koperasi juga meningkat daripada 278,965 orang pada Disember 2011 kepada 280,313 orang sehingga Mei tahun ini," katanya.

Sementara itu, Yahya yang juga Pengerusi MPKN berkata, SKM bercadang membuka kedai COOP 1Malaysia di negeri ini pada masa akan datang.

Jelasnya, buat masa ini hanya terdapat sebuah kedai COOP 1Malaysia di Labuan yang mampu menjana perolehan purata RM116,000 sebulan.

Monday, July 23, 2012

Coop Gets First Supply Of Fish From Nekmat On Tuesday

KUALA TERENGGANU, July 22 (Bernama) -- Come Tuesday, Koperasi Wawasan Rukun Tetangga Losong Atap Zink will get its first supply of fish weighing 600kg, from the National Fishermen's Association (Nekmat).

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsgeneral.php?id=682383
Published: July 22, 2012

Its chairman, Hasan Ismail, said the fish would be sold at the People's Fish Market which was set up by the cooperative in Kampung Losong Atap Zink yesterday, in conjunction with Ramadan.

"We assure the prices of fish at the fish market will be lower than those sold at regular markets," he told Bernama Sunday.

-- BERNAMA

Sunday, July 22, 2012

Kesedaran berkoperasi di kalangan masyarakat di Melaka meningkat

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0721&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Published: July 21, 2012

JASIN 20 Julai - Tahap kesedaran berkoperasi di kalangan masyarakat di negeri ini meningkat dengan ketara apabila sebanyak 35 koperasi telah didaftarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jumlah itu meliputi 12 koperasi kariah masjid dan sembilan koperasi keluarga.

"Daripada statistik ini jelas memberi gambaran kesedaran berkoperasi di kalangan penduduk di negeri ini telah meningkat dengan ketara.

"Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 180,429 menjadi ahli kepada 335 koperasi yang terdapat di negeri ini.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM69.7 juta modal syer dan yuran telah diperoleh manakala modal pusingan perniagaan pula sebanyak RM92.8 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dan merasmikan Coopmart Melaka Halal Hub di Melaka Halal Hub, Serkam, di sini semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Ghazale Muhamad; Pengerusi Koperasi Usahawan Halal Hub Melaka Berhad (KUHHMB), Datuk Dr. Ir. Ahmad Zaini Mohd. Amin dan Pengarah Urusan Melaka Halal Hub Sdn. Bhd., Datin Nor Sabrina Mohd. Noor.
Menurut Mohd. Ali, KUHHMB yang didaftarkan secara rasmi pada 31 Mei lalu dalam usia yang begitu muda telah berjaya mengorak langkah menubuhkan Coopmart Melaka Halal Hub.

Kata beliau, sesebuah koperasi sepatutnya perlu bergerak dalam tempoh sekurang-kurang 18 bulan dan mempunyai kedudukan simpanan bank yang kukuh sebelum mendapatkan bantuan lain daripada SKM.

Sunday, July 15, 2012

Langkah perkasakan koperasi

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0715&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

Published: July 14, 2012
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tiga pendekatan baru bagi memperkasakan peranan koperasi di seluruh negara sesuai dengan kedudukannya sebagai teras ketiga pembangunan ekonomi.

Perdana Menteri berkata, pendekatan itu ialah memisahkan kuasa yang ada pada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dalam melakukan kawal selia am ke atas koperasi seluruh negara supaya badan itu dapat memfokuskan ke arah pembangunan terutama yang bersaiz kecil.

Selain itu, kata beliau, kerajaan juga mengambil keputusan untuk menaikkan had maksimum geran pembangunan bantuan asas kerajaan ke atas penubuhan koperasi dari RM30,000 kepada RM50,000 bagi meningkatkan daya saing masing-masing.

Langkah ketiga pula, menurut beliau adalah untuk menubuhkan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi (SPEAK) 1Malaysia bagi penyaluran daya pembiayaan mikro untuk koperasi menjana ekonomi anggotanya.

"Jika dilihat matlamat dan peranan koperasi, ia sama dengan apa yang boleh dilakukan oleh sektor awam termasuk syarikat milik kerajaan (GLC) dan swasta.

"Namun masih terdapat ruang dan peluang yang boleh dimainkan koperasi untuk membangunkan ekonomi secara terancang dan dengan pengurusan cekap dapat menjana pendapatan yang diperlukan oleh ahlinya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam ini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambutan tersebut merupakan kali pertama diadakan dalam skala terbesar selepas 11 tahun penganjurannya dengan kehadiran kira-kira 60,000 ketua serta 9,600 wakil dan ahli koperasi seluruh negara.

Perdana Menteri menambah, kesemua langkah pembaharuan itu dilaksanakan bagi memastikan gerakan koperasi mencapai potensi maksimum dalam membangunkan ekonomi ahli masing-masing.
"Para penggerak koperasi juga boleh melihat bagaimana pembangunan teknologi dan proses yang lebih efisien mampu melonjakkan peranan mereka bukan sahaja dalam negeri tetapi di peringkat serantau dan antarabangsa," katanya.

Memperkasa koperasi

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Memperkasakoperasi/Article

Published: July 14, 2012

 Sebahagian daripada  60,000 ahli koperasi seluruh negara mengibarkan Jalur Gemilang  pada sambutan Hari Koperasi Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad
 
Sebahagian daripada 60,000 ahli koperasi seluruh negara mengibarkan
 Jalur Gemilang pada sambutan Hari Koperasi Negara di Stadium
 Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Aizuddin Saad

SPEAK, naik had geran pembangunan jana ekonomi lebih cekap

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak malam tadi melancarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Anggota Koperasi 1Malaysia (SPEAK) bagi membolehkan aktiviti ekonomi koperasi dijana secara lebih cekap. Serentak itu, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan had maksimum geran pembangunan bantuan asas daripada RM30,000 kepada RM50,000 untuk membantu koperasi berskala kecil meningkatkan daya saing masing-masing.
Peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif”. - Najib Razak, Perdana Menteri
“Saya melihat banyak koperasi kecil dan kurang berdaya maju di negara ini. Jadi kenaikan geran ini adalah untuk membantu koperasi meningkatkan daya saing mereka,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara di sini.

Najib berkata, peranan koperasi sebagai tunjang ekonomi negara ketiga terbesar tidak boleh dinafikan, justeru, kerajaan sentiasa mengenal pasti kaedah yang relevan untuk membangunkan koperasi dengan lebih aktif.

“Antara langkah yang dirasakan relevan ialah memisahkan peranan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) daripada mengawal selia dan membangunkan koperasi secara serentak.

“Tidak sesuai untuk sebuah badan memainkan peranan itu sekali gus. Ia perlu dipisahkan supaya peranannya boleh diluaskan lagi,” katanya.

Beliau bagaimanapun, memberi ingatan supaya koperasi memperkasakan pergerakan kerana mereka masih belum menunjukkan potensi maksimum masing-masing.

“Walaupun sudah berjaya, tapi pada hemat saya, ia belum lagi sampai ke tahap potensi maksimum yang boleh dicapai melalui perkembangan gerakan yang boleh diperkasakan lagi,” katanya.

Kira-kira 60,000 ahli koperasi seluruh negara menghadiri sambutan berkenaan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Di Klang: Najib berkata, perjuangan Kerajaan Pusat kini adalah berteraskan tuntutan Islam di bawah konsep Maqasid Al-Shariah.

Perdana Menteri berkata, antara dasar itu ialah memelihara serta memperkasakan Islam dan pada masa sama memelihara jiwa serta menghormati hak asasi manusia bagi yang beragama Islam dan bukan Islam.

Beliau memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diputuskan kerajaan sebagai menghormati hak asasi rakyat negara ini.

Saturday, July 14, 2012

Luar bandar terus diutama

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Luarbandarterusdiutama/Article

Published: July 13, 2012

Selama: Sektor luar bandar kekal menjadi agenda utama pembangunan kerajaan, dengan pelbagai pelan perancangan baru untuk meningkatkan kehidupan masyarakatnya.

Kerajaan mahu semua program dirancang dan dilaksanakan akan membolehkan penduduknya menikmati kehidupan lebih baik, saksama dan adil. Ini atas kesedaran masyarakat luar bandar memerlukan sokongan kerajaan untuk kehidupan lebih sempurna.

Berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar Mini (Mini RTC) Sungai Siputeh di sini, semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata luar bandar mengalami evolusi sejak 55 tahun lalu dan akan terus diberi keutamaan.

Katanya, kerajaan sudah menyalurkan peruntukan RM26 bilion bagi tahun 2011 hingga 2013 bagi pembangunan luar bandar.

“Pada 2011 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, kerajaan membina dan menaik taraf 1,013 kilometer jalan di luar bandar yang memberi impak positif kepada 425,377 penduduk.

“Selain jaringan jalan raya, 73,227 rumah dibekalkan air bersih yang memberi faedah kepada 366,135 orang. Projek penyediaan bekalan elektrik memberi manfaat kepada 27,004 rumah, manakala 14,365 rumah dibina atau dibaiki untuk golongan miskin,” katanya.

Di Taiping, berucap merasmikan Hotel Taiping Perdana bernilai RM28 juta, Muhyiddin meminta pengurusan koperasi membuat penilaian semula matlamat institusi masing-masing berhubung hala tuju dan masa depan mereka.

Katanya, negara kini melalui proses transformasi ekonomi dan sosial melalui Model Baru Ekonomi (MBE) dan gagasan 1Malaysia, menjadikan peranan dan sumbangan koperasi terhadap ekonomi negara amat signifikan dan strategik.

Justeru, koperasi perlu menggunakan ‘ramuan’ seperti perancangan jitu dan menyeluruh, melakukan kajian kebolehpasaran dalam aktiviti komersial yang mahu diceburi, mempunyai sistem urus tadbir yang efektif dan kemahiran modal insan yang cekap, untuk melengkapkan diri sebagai entiti perniagaan yang mampu menjana kejayaan komersial.

“Sasaran sudah ditetapkan supaya sumbangan koperasi kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) dipertingkatkan daripada satu peratus sekarang kepada lima peratus menjelang 2013,” katanya.

Sehingga 31 Disember lalu, ada 9,074 koperasi dengan 7.04 juta ahli di seluruh negara. Nilai syer/yurannya mencecah RM10.4 bilion, manakala asetnya bernilai RM92.8 bilion menghasilkan pulangan RM3.08 bilion.

'Steady gold price will woo investments'

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20120713095709/Article/index_html

Published: July 13, 2012

KUALA LUMPUR: The current steady gold price will likely attract more foreign investments in gold production not only in Malaysia
but globally, International Trade and Industry Minister Mustapa Mohamed said on Thursday.

He said the price increase in recent years has wooed more investments into gold production.

"Prices have a lot to do with the revival of gold business. Therefore, if the prices is to remain at US$1,500 to US$1,600 per ounce, I think we can see a further increase in gold production in Malaysia and throughout the world as gold
is a sought-after commodity, a safe haven, especially when there are uncertainties," he told reporters after opening the first Asian Mining and Energy Investment Forum 2012.

Besides prices, Mustapa said players need to equip themselves with the latest technology in gold production as it can lead to efficiency in gold mining, which generally takes nine years to produce gold.

Currently, Malaysia has several gold mines in Raub, Kuala Lipis and Selinsing in east coast state of Pahang, with an annual production of only 3,500 kilogrammes.

News reports said gold price has surged from US$272 an ounce at the end of 2000 to about US$1,700 an ounce at present. In September last year, gold price hit an all-time high of US$1,920 an ounce.

In 2010, China was the world's largest gold producer, producing 345 tonnes, followed by Australia with 255 tonnes.

On minerals exports, Mustapa said his ministry was expecting a double-digit growth this year.

In 2010, Malaysia exported RM800 million (US$250.5 million) worth of minerals vis-a-vis RM550 million (US$172.3 million) in 2009. -- BERNAMA

Malaysia pelopor kerjasama koperasi

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0713&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Published: July 13, 2012

KUALA LUMPUR 12 Julai - Malaysia bakal menjadi pelopor kerjasama antara koperasi di rantau ini apabila memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Vietnam Jumaat ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peluang kerjasama dengan koperasi-koperasi di rantau ini adalah untuk meneroka pasaran besar serta peluang perniagaan baru.

‘‘Ahli-ahli koperasi di rantau ini mencecah sehingga 78 juta orang dan ia memberi peluang untuk koperasi tempatan mencari jalan kerjasama dalam memberikan manfaat kepada ahli-ahli serta mengukuhkan hubungan antara negara-negara terlibat.

‘‘Perjanjian kerjasama antara koperasi akan mula dilaksanakan dengan Vietnam terutama dalam bidang pertanian yang bakal dimeterai pada Jumaat ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pemeteraian MoU itu adalah bersempena dengan sambutan Hari Koperasi Negara (HKN) pada tahun ini yang juga merupakan Tahun Koperasi Antarabangsa.

Tambah Ismail Sabri, selain Vietnam, Malaysia akan memeterai MoU antara koperasi dari negara-negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina pada tahun ini.

‘‘Pada dasarnya kesemua negara-negara tersebut telah bersetuju untuk menjalin kerjasama dengan kita, tetapi perincian dan bidang yang bakal diceburi masih belum dimuktamadkan.

‘‘Bagaimanapun, kita melihat potensi kerjasama dalam bidang pertanian dan ternakan dengan Indonesia dan potensi pembukaan pasar raya besar dari Singapura,’’ jelasnya.

Ismail Sabri berkata, koperasi-koperasi kini perlu berubah dengan memperkenalkan jenis-jenis perniagaan baru dalam usaha untuk kekal berdaya saing dan memberikan manfaat kepada ahli-ahli mereka.

‘‘Kita perlu bergerak ke hadapan dan bersedia untuk berubah serta meneroka peluang-peluang baru terutama dalam bidang perniagaan.

‘‘Antara peluang perniagaan yang boleh diceburi koperasi-koperasi ini adalah telekomunikasi, perhotelan, teknologi maklumat, pusat kesihatan dan sebagainya.

‘‘Pengurusan koperasi juga perlu lebih profesional bagi memastikan tiada sebarang konflik berlaku dalam operasi mereka,’’ katanya.

Majlis perasmian sambutan HKN 2012 itu yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selaras tema sambutan HKN tahun ini iaitu ‘Koperasi Membina Kesejahteraan Sejagat’, kekuatan sedia ada dalam gerakan koperasi akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan program transformasi kerajaan untuk rakyat khususnya dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Friday, July 13, 2012

Lulusan Indonesia dipelawa sertai koperasi alumni

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_07.htm

Published: July 12, 2012

KUALA LUMPUR 10 Julai - Rakyat Malaysia lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) di Indonesia dipelawa menyertai Koperasi Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (Kopapti) yang mesyuarat permulaannya akan diadakan Sabtu ini.

Penasihat Kopapti, Dr. Shamsul Bahar Abdul Kadir (gambar) berkata, buat permulaan keahlian koperasi berkenaan dibuka untuk mereka yang menetap atau bekerja di negeri Selangor sebelum ia dikembangkan ke negeri-negeri lain.

Menurut beliau, penubuhan Kopapti bertujuan menggalakkan para lulusan IPT Indonesia terlibat dalam perniagaan secara berkelompok sekali gus menjana ekonomi mereka di samping menyahut seruan kerajaan yang mahu melihat lebih banyak koperasi diwujudkan di negara ini.

“Kami sangat berharap para alumni terutama lulusan 1980-an hingga tahun lepas dapat menghadiri mesyuarat permulaan pada Sabtu ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini. Ia akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan PAPTI yang bermula pukul 8.30 pagi," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia (PAPTI) berkata, Kopapti memerlukan kehadiran mereka pada mesyuarat permulaan itu bagi menjayakan usaha murni tersebut.

Pinjaman khas peniaga Ramadan

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PinjamankhaspeniagaRamadan/Article/index_html

Published: July 12, 2012
Oleh Sri Ayu Kartikawati Amri
kartika@hmetro.com.my

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) sentiasa mempelbagai perkhidmatan untuk membantu usahawan di negara ini termasuk memberi peruntukan pembiayaan khusus kepada usahawan yang ingin berniaga sempena bulan Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, sejak 2007 lagi pihaknya sudah membantu menyalurkan pinjaman kepada peniaga dengan jumlah maksimum RM3,000.

Katanya, Tekun Nasional juga tidak menetapkan peruntukan pinjaman untuk disalurkan bagi program itu kerana ia sebahagian daripada dana sedia ada selain daripada pembiayaan biasa untuk usahawan kecil yang memerlukan modal memulakan perniagaan tidak lebih dari RM50,000.

“Pinjaman untuk peniaga pasar Ramadan ini adalah satu inisiatif kami untuk memberi peluang lebih ramai usahawan yang ingin menjana pendapatan sepanjang Ramadan dan setakat ini sambutan diterima sangat memberangsangkan.

“Lebih istimewa usahawan yang memohon pembiayaan ini boleh membayar pinjaman selepas Ramadan dengan caj perkhidmatan hanya 2.0 peratus sebulan,” katanya kepada Bisnes Metro ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pembiayaan terbabit masih terbuka kepada mereka yang berminat dan pihak Tekun juga akan mempercepatkan proses permohonan.


Sementara itu, beliau berkata bagi pembiayaan biasa pihaknya menyalurkan kira-kira RM40 juta sebulan kepada usahawan yang melepasi syarat kelayakan dan menyasarkan RM400 juta pinjaman menjelang akhir tahun ini.

“Setakat ini, pihak Tekun hanya menerima kutipan semula RM20 juta sebulan dan berharap peminjam tidak sambil lewa membayar semula pinjaman,” katanya.
mereka kerana ia secara tidak langsung menyekat peluang usahawan lain yang memerlukan pembiayaan untuk memulakan perniagaan.

“Tekun memang memfokus pada peniaga kecil yang memerlukan pembiayaan untuk perniagaan mereka dan menjadi tanggungjawab peminjam untuk bersama membantu usahawan lain memperoleh kemudahan yang sama,” katanya.

Beliau berkata, Tekun kini bukan lagi satu institusi mikro kredit, tetapi sudah menjadi institusi pembangunan strategik usahawan yang dapat memanfaatkan peminjam seluruh negara.

Poh Kong pertaruh Koleksi Melur

Koleksi Melur lambang keunggulan setiap wanita yang memakainya.
Koleksi Melur lambang keunggulan setiap wanita yang memakainya.

Peneraju rangkaian peruncitanbarangan kemas, Poh Kong mengetengahkan Koleksi Melur dalam siri Anggun sebagai pertaruhan terbaru dengan corak bunga-bungaan emas 916.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/poh-kong-pertaruh-koleksi-melur-1.65723
Published: July 12, 2012

Pengarahnya, Christine Choon berkata, perhiasan emas 916 Koleksi Melur itu disasarkan kepada wanita Malaysia yang mementingkan gaya dan trend di samping menghargai nilai tradisional.

Menurutnya, Koleksi Melur menerapkan kehalusan seni yang memberi tumpuan terperinci kepada corak bunga dan boleh diabadikan sebagai hadiah tidak ternilai.

“Keindahan bunga yang ditampilkan menerusi barang kemas diperbuat daripada emas sering dilihat sebagai perhiasan berseni dan indah.

“Anggun menjadi simbol kesenian rantau Asia dan setiap reka bentuk telah ditempa untuk memberi tanggapan memukau,” katanya.

Choon berkata, selain Koleksi Melur, himpunan terbaru turut mengetengahkan Koleksi Karya Anggun yang menggabungkan beberapa motif bunga.

Katanya, selain itu, Poh Kong turut menambah rekaan kepada Koleksi Manja serba comel khusus untuk kanak-kanak.

Wednesday, July 11, 2012

YaPEIM To Increase Funds For Ar-Rahnu Financing To RM1 Billion Next Year

SONGKLA (Thailand), July 9 (Bernama) -- Yayasan Pembangunan Islam Malaysia (YaPEIM) or Foundation for Islamic Development Malaysia, will be raising the funds for Ar-Rahnu financing to RM1 billion next year from RM800 million this year.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=679237
Published: July 10, 2012

Its Director General, Datuk Dr. Abd. Malek Awang Kechil, said the move to increase funds was based on the rising demand from traders for the Islamic based mortgage product, particularly from operators of small enterprises.

"YaPEIM's Ar-Rahnu has received encouraging response due to its much lower mortage rates compared with other financial institutions.

"Besides that, the speedier processing time of 15 minutes has also contributed to the rising demand," he said following the launch of a corporate social responsibility programme at the Wittiya San Suksa Religious School here today.

Also present at the event was the founder of the school, Hasan Ali and Principal, Toha Cinda.

A total of RM108,000 in contribution was also given to help upgrade the school's infrastructures and its cooperative business to beef up the school's economic resources.

The contribution was in line with the resolution taken at the 2012 Regional Ar-Rahnu Secretariat Conference, which concluded in Pattani last night, to actively carry out CSR activities towards the well being of the Muslim community.

On the expansion of YaPEIM's Ar-Rahnu branches this year, Abd Malek said the foundation was aiming to open up 24 new branches this year involving an investment of about RM8 million per branch.

However, this would depend on the situation and if there are old branch offices in need of upgrading, they would be given priority rather than opening a new one, he said.

"The cost of investment needed for upgrading a branch would be about the same to building a new branch," he said.

Abd Malek said several franchise outlets will be also opened this year and that the foundation had already identified suitable locations for this.

YaPEIM currently has 256 Ar-Rahnu branches nationwide.

-- BERNAMA

Teroka 3 negara

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Teroka3negara/Article/index_html

Published: July 10, 2012
Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

TRIPLENINE Goldworld Gallery (Triplenine), syarikat tempatan milik penuh Bumiputera yang menyediakan perkhidmatan jual beli emas terpakai, emas, dinar, barang kemas dan syiling emas, yakin dapat menembusi pasaran emas serantau dengan sasaran tiga negara sebagai permulaan iaitu Indonesia, Brunei dan Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rozaini Rosdin berkata, syarikat akan membuka cawangan di Jakarta, Indonesia dalam dua bulan lagi.

“Di negara ini, Triplenine mempunyai tujuh cawangan iaitu Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak dan terbaru kita berjaya membuka cawangan di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kita yakin dengan potensi syarikat untuk terus berkembang bukan saja di dalam negara, malah di luar negara.

“Bandar metropolitan Jakarta di Indonesia dijangka menjadi cawangan pertama luar negara dan kami yakin dapat dilaksanakan dua bulan lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian cawangan ketujuh Triplenine di Jalan BBN 1/7 D Putra Indah A, Bandar Baru Nilai, Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lalu.

Majlis pelancaran cawangan ketujuh Triplenine itu dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Daud Tahir.

Tuesday, July 10, 2012

Consultation needed on new gold and silver trading law

Source from (The Star Online): http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/7/9/business/11626582&sec=business

Published: July 09, 2012
By JOHN LOH
johnloh@thestar.com.my

PETALING JAYA: A proposed law to regulate trading in gold and silver has yet to be formally discussed with industry participants, according to Tomei Consolidated Bhd group managing director Ng Yih Pyng.

“There hasn't been any concrete development since the policy was announced. We hope they (Bank Negara) will consult the industry if they are to come out with anything.

“As of now, we haven't heard from them. I suppose they are doing the groundwork and will consult us when they feel it is necessary to implement certain measures,” he told StarBiz on the sidelines of the company's GoldSilver2U.com seminar recently.

Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai had said last November the central bank was asked to conduct a study on the possibility of enacting fresh regulation around the domestic gold and silver markets, citing the Government's concern for the risk faced by the public when investing in the precious metals.

 
Ng: ‘There hasn’t been any concrete development since the policy was announced.’
 
On another note, Ng said that Tomei, one of the country's three listed gold and jewellery retailers alongside DeGem Bhd and Poh Kong Holdings Bhd, was always on the lookout for potential business opportunities, which may include mergers and acquisitions.

While saying there were no concrete plans on the table, he added that opportunities in the market were aplenty.

“But a lot depends on the strategy, outlook and what kind of value you can create. Any acquisition (we make) will have to suit our appetite. If we cannot digest it, we won't do it.”

He also noted that the next two years could be challenging due to overall market conditions.
“Therefore, we will take a slightly more cautious approach to the business.”

On his outlook for bullion prices, Ng stressed that gold was a long-term investment.

“You don't want to (focus on) the price tomorrow, or in two or three weeks. In the medium term, gold has reason to strengthen further.

“I wouldn't suggest that anyone take a short term position.”

Ng added that the growing demand for gold investments over the past few years had led to a heavier weighting of the commodity in its inventory, but he maintained that Tomei only bought what it needed.
“We are not a trader. We will stock up when we need to, for example during festive seasons.

“But when we need less stock during low seasons, we will reduce (our holdings). We don't buy to anticipate price movements.”

As at its first quarter ended March 31, Tomei's inventories stood at RM332.24mil, down slightly from RM326.1mil in the three months to Dec 31, 2011, but notably higher than the RM270.11mil recorded in the corresponding quarter last year.

Although jewellery makes up the bulk of its stock, its holdings of gold has risen steadily as a percentage of total inventories, from 41%, or RM77.01mil, in 2007 to 49%, or RM160.64mil, in 2011, according to the company's annual reports.

Tomei's net profit in the first quarter was 8% lower to RM7.57mil against RM8.35mil a year earlier, while revenue rose 35% to RM155.69mil from RM115.24mil.

It attributed the increase in revenue to better consumer spending, but said the decline in profit was caused by fluctuations in the price of gold.

Ar-Rahnu ke Pattani

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ar-RahnukePattani/Article/index_html

Published: July 09, 2012

YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berhasrat menembusi pasaran Ar-Rahnu Pattani, Thailand menerusi perniagaan francais Ar-Rahnunya dalam tiga tahun akan datang.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abdul Malek Awang Kechil berkata, kestabilan perniagaan Ar-Rahnu YaPEIM di Malaysia yang mendapat sokongan penuh kerajaan menjadi faktor kepada hasrat yayasan ini mengembangkan perniagaan ke luar negara.

“Hasrat ini akan disuarakan kepada kerajaan Thailand dan serantau pada Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 di Pattani.

“Thailand sedang mengalami masalah kekurangan sumber dana bagi pembangunan perniagaan Ar-Rahnunya dan kami melihat situasi ini sebagai peluang mengembangkan perniagaan kami,” katanya selepas majlis pembukaan Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 di Pattani, Thailand Sabtu lalu. - Bernama

Monday, July 9, 2012

Ar-Rahnu Remains An Important Vehicle For Developing Small Entrepreneurs Regionally

PATTANI (Thailand), July 8 (Bernama) -- The Ar-Rahnu Micro-Credit programme will continue to be an important vehicle in developing small entrepreneurs among Asean countries, said the Secretary-General of the Regional Ar-Rahnu Secretariat, Datuk Dr Abd Malek Awang Kechil.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=678963
Published: July 08, 2012

He said this was the consensus based on research undertaken to gauge the effectiveness of the Micro Credit programme in strengthening small entrepreneurs among countries in the region.

"The decision was also one of three key resolutions adopted at the two-day Regional A-Rahnu Secretariat Conference 2012 which ended here Sunday.

"Under this resolution, conference members were urged to continue taking proactive steps towards an entrepreneurial culture by emphasising the Small Entrepreneurs Development Programme.

"The resolution will also introduce the Regional Entrepreneurial Personality Award by latest 2014, as a proactive and innovative step, as well as to encourage efforts to produce successful small entrepreneurs in this region," he added.

-- BERNAMA

YaPEIM cadang kembang sayap ke Thailand

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Published: July 08, 2012
Sofian Baharom

Pracha Prompok (dua, kanan) bersama Abdul Malek Awang 
Kechil (dua, kiri) semasa melakukan gimik perasmian 
Persidangan Sekritariat Ar Rahnu Serantau 2012 di Pattani, semalam.

PATTANI 7 Julai - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bercadang menembusi pasaran Pattani, menerusi perniagaan francais dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abd. Malek Awang Kechil berkata, ia berikutan kestabilan perniagaan Ar-Rahnu YaPEIM di Malaysia yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan.

"Hasrat ini akan disuarakan kepada kerajaan Thailand dan serantau di Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

"Thailand kini mengalami masalah kekurangan sumber dana bagi pembangunan perniagaan Ar-Rahnunya dan kami melihat situasi ini sebagai peluang untuk mengembangkan perniagaan di sini, di samping membantu Thailand membangunkan perniagaan Ar-Rahnu mereka," katanya.

Abd. Malek berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pembukaan Persidangan Sekretariat Ar-Rahnu Serantau 2012 di sini hari ini.

"Bagaimanapun, kami harus mendapat kebenaran kerajaan Thailand dan berbincang dengan negara-negara serantau terlebih dahulu sebelum melaksanakan hasrat ini.

"Sekiranya dibenarkan untuk berkembang ke Thailand, dengan persetujuan dari mereka, ia bakal menjadi salah satu kaedah untuk membantu koperasi Islam Pattani di mana mereka tidak perlu mencari sumber dana tambahan," ujarnya.

Menurut beliau, YaPEIM kini dalam usaha mengenalpasti beberapa rakan niaga yang berpotensi untuk membiaya sumber dana bagi perlaksanaan perancangannya di sini dan beberapa tempat lain. - utusan
Selain di Pattani, kata Abd. Malek, YaPEIM juga sedang mengintai peluang di beberapa negara ASEAN, Asia Barat dan beberapa benua kecil di India.

"Objektif utama YaPEIM adalah untuk membantu negara serantau dalam perniagaan Ar-Rahnu. Negara yang sudah menyertai kita dan menunjukkan minat terhadap Ar-Rahnu adalah Kemboja dan Timor Leste.

"Di Timor Leste sudah terdapat cabang pergadaian Indonesia yang menunjukkan masyarakat di sana sudah boleh menerima sistem ini. Namun, kita harus membuat kajian lanjut untuk melihat sama ada sistem ini dapat diterima baik di sana atau tidak," ujarnya.

Jelas beliau, YaPEIM telah mengadakan perbincangan dengan Bank Pembangunan Islam dan berkolaborasi dengan beberapa pihak berpengalaman dalam perundingan dalam usaha yayasan tersebut mengembangkan sayapnya ke luar negara.

"Kami sudah mengenalpasti lokasi-lokasi strategik untuk kajian bagi program francais di luar negara dan kajian mengenainya sudahpun bermula," katanya.

Usahawan francais perlu fokus

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Published: July 08, 2012
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

ORANG ramai mengunjungi pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2012 
di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZUBAIDAH YACOB

KUALA LUMPUR 7 Julai - Usahawan francais perlu sentiasa fokus dan berdisiplin dalam menguruskan perniagaan mereka walaupun kini tidak perlu lagi berhadapan dengan kesukaran untuk memulakan perniagaan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sikap tersebut menjadi syarat utama sekiranya seseorang usahawan termasuk yang terlibat dalam konsep francais mahu terus menjana kekayaan dengan baik dalam perniagaan yang mereka ceburi.

“Walaupun kini amat mudah bagi sesiapa sahaja membuka perniagaan francais, ia masih memerlukan sikap disiplin dan serius dalam menguruskannya. Jika mengikut semua peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan, sudah pasti perniagaan francais kita akan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada penutupan seminar dan persidangan sempena pameran Francais Antarabangsa Malaysia 2012 (FIM 2012) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Abdul Malik Abdullah.

Pameran anjuran MFA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang berakhir esok menampilkan lebih 100 jenama francais tempatan dan luar negara di samping menarik kira-kira 12,000 pengunjung.

Dr. Mahathir yang juga Penaung MFA berkata, sekiranya usahawan francais bersikap jujur dan mengikut semua peraturan serta perjanjian yang dibuat semasa mahu menyertainya, maka perniagaan itu sudah pasti akan berjaya.

Katanya, mereka juga tidak wajar mengambil mudah dengan menyerahkan pengurusan perniagaan francais yang disertai kepada pihak lain dengan harapan dapat mengaut keuntungan semata-mata tanpa perlu berusaha keras menjayakan perniagaan tersebut.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, dunia perniagaan pada hari ini amat mudah untuk diceburi oleh sesiapa sahaja memandangkan modal yang lebih senang diperoleh iaitu melalui pinjaman daripada pelbagai institusi kewangan berbanding pada masa dahulu.

Namun, katanya, sekiranya seorang usahawan membuat pinjaman, mereka seharusnya membayar semula pinjaman itu bagi membolehkan perniagaan diceburi berkembang baik.

“Walaupun perniagaan francais tidak menghadapi risiko besar, setiap usahawannya perlu memastikan mereka membayar semula pinjaman modal yang dibuat supaya tidak berlaku kes francais terpaksa ditutup. Itu yang berlaku kepada seorang rakan saya dahulu," katanya.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa bangga apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat menyertai dunia francais kerana melihat peluang yang besar menanti.

Sunday, July 8, 2012

INB Group tawar tender maju tanah koperasi

INB Group (INB Group), syarikat pemaju hartanah yang disokong Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan tender kepada pemaju hartanah Bumiputera untuk memajukan tanah milik koperasi dan ahli koperasi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/INBGrouptawartendermajutanahkoperasi/Article/index_html
Published: July 07, 2012

Projek perintis antara INB Group dan koperasi di Mukim Ulu Cheka, Jerantut dianggarkan menjana pendapatan pembangunan kasar (GDP) antara RM65 juta dan RM75 juta berdasarkan faktor harga jualan rumah semasa dan permintaan tinggi dari pembeli di sekitar kawasan berkenaan.

Eksekutif Pentadbirannya, Nairulhizam Mohamed Yunus berkata, berdasarkan harga rumah semasa di kawasan bandar Jerantut dan sekitarnya, ING Group menyasarkan harga jualan rumah di bawah projek kelolaannya antara RM275,000 dan RM300,000 seunit.

Program padanan usahawan antara negeri

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Published: July 07, 2012

JERLUN 6 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merancang mewujudkan program pemadanan usahawan antara negeri dan negara dalam usaha membantu mengembangkan perniagaan usahawan mikro di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program itu akan membolehkan usahawan mikro di setiap negeri berhubung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat mengenai produk masing-masing dan bertukar-tukar pandangan bagi melahirkan idea baru.

"Mereka juga dapat memasarkan produk mereka di kedua-dua negeri melalui ejen yang dilantik oleh usahawan itu sendiri dan ia dapat meluaskan pasaran usahawan yang sebelum ini hanya tertumpu di negeri masing-masing," katanya kepada pemberita pada Majlis Perjumpaan dengan Usahawan Tabung Ekonomi Usaha Niaga (Tekun) Nasional peringkat Parlimen Jerlun di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dan Ketua Wanita Kedah, Datuk Maznah Hamid.

Ahli Parlimen Jerlun itu juga berkata, kementeriannya turut menggalakkan usahawan mikro menceburi pasaran negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Mukhriz berkata, usahawan tersebut perlu mendaftar dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pasaran luar dan misi dagangan yang disediakannya.

Menurut beliau, kementeriannya juga menyediakan peruntukan kepada usahawan bagi membantu mereka memasarkan produk ke negara luar seperti yang dilakukan di China sebelum ini.

"Ramai usahawan mikro yang menembusi pasaran negara asing mengakui mendapat permintaan tinggi terhadap produk mereka sekali gus mendapat keuntungan lumayan," katanya.

Pemadanan usahawan

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri merancang mewujudkan program pemadanan usahawan antara negeri yang bertujuan membantu mengembangkan perniagaan usahawan mikro di negara ini.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemadananusahawan/Article/index_html
Published: July 07, 2012

Timbalan Menterinya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, program itu akan membolehkan usahawan mikro di setiap negeri dapat berhubung antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat mengenai produk masing-masing dan bertukar-tukar pandangan bagi melahirkan idea baru.

“Mereka juga dapat pasarkan produk mereka di kedua-dua negeri melalui ejen yang dilantik oleh usahawan itu sendiri dan ini dapat meluaskan pasaran usahawan yang sebelum ini hanya tertumpu di negeri masing-masing,” katanya pada majlis perjumpaan dengan Usahawan Tabung Ekonomi Usaha Niaga (Tekun) Nasional peringkat Parlimen Jerlun, di Kedah, semalam.- Bernama

YaPEIM Eyes Ar-Rahnu Market In Pattani

PATTANI (Thailand), July 7 (Bernama) -- The Malaysian Islamic Economic Development Foundation (YaPEIM) expects to be able to franchise its Ar-Rahnu Islamic pawnshop micro-credit financing scheme to Pattani, Thailand in two to three years.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/newsbusiness.php?id=678840
Published: July 07, 2012

YaPEIM Director-General Datuk Dr Abd Malek Awang Kechil said YAPEIM's well-established Ar-Rahnu business in Malaysia, with full government support, has prompted it to expand overseas.

"We will express our wish to venture abroad to the governments of Thailand and the region at the two-day Regional Ar-Rahnu Secretariat Conference 2012 which began here Saturday.

"Thailand lacks the funds to develop its Ar-Rahnu business, and we see an opportunity to expand here, besides helping Thailand to develop its Ar-Rahnu business," he told reporters after the conference opening here.

"However, we will need to get permission from the Thailand government and discuss with countries in the region first.

"If we are allowed to expand to Thailand, it could become a means to help Islamic cooperatives here as they would not need to look for additional funds," he said.

He said YaPEIM is in the process of identifying potential partners here and in several other places, and is also looking at opportunities in several Asean countries, the Middle East, Central Asia the Indian subcontinent.

"YaPEIM's main objective is to help regional neighbours develop their Ar-rahnu business, and Cambodia and Timor Leste have shown an interest," he said, adding more studies should be done on the people's acceptance of the Ar-Rahnu financing scheme.

Abd Malek said YaPEIM has had talks with the Islamic Development Bank and is consulting legal experts on its plan to venture overseas.

"We have identified strategic locations for our franchise programme, and the feasibility studies have begun," he added.

-- BERNAMA

Saturday, July 7, 2012

70 peratus peminjam TEKUN berjaya capai kecemerlangan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_06.htm

Published: July 06, 2012

PULAU PINANG 5 Julai - Sebanyak 70 peratus peniaga kecil yang menerima bantuan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional berjaya dalam perniagaan manakala 30 peratus lagi gagal menjelaskan pinjaman walaupun masih meneruskan perniagaan.

Pengarah Urusan TEKUN Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, bagi memastikan lebih ramai usahawan bumiputera dapat dilahirkan, beliau berharap peminjam dapat melunaskan pinjaman itu.

"Diharap usahawan kecil yang meminjam dengan TEKUN dapat membayar balik pinjaman agar pihak kami dapat memberi pinjaman kepada peniaga kecil yang baru pula," jelasnya selepas merasmikan Seminar Transformasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Peruncitan di sini baru-baru ini.

Kira-kira 200 orang menghadiri seminar anjuran Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

FIM2012 bermula hari ini

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_03.htm

Published: July 06, 2012

KUALA LUMPUR 5 Julai - Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menganjurkan pameran Franchise International Malaysia 2012 (FIM2012) selama tiga hari, bermula esok.

Program yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur itu akan mempertemukan syarikat francaisor dan francaisi terkenal dari dalam dan luar negara.

Program itu bertemakan "Transforming Economy: The Franchising Way" dijangka dihadiri oleh 11,000 pengunjung sepanjang penganjurannya.

FIM2012 akan turut diserikan dengan kehadiran bekas Perdana Menteri yang juga Penaung MFA, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Sabtu ini bagi menyampaikan ucaptama.

Sementara itu, FIM2012 turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, bengkel peluang perniagaan francais dan demonstrasi produk francais.
Maklumat lanjut di laman web http://mfa.org.my/fim2012/

Thursday, July 5, 2012

Angkasa laksana transformasi pemberian zakat - Mohd. Ali

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

Published: July 04, 2012

KOTA KINABALU 3 Julai - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) bukan sahaja berjaya mentransformasikan koperasi di negara ini, malah menjadi institusi pertama menyalurkan zakat menggunakan kaedah pemberian barangan selain wang ringgit.

Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, sebanyak 30 peratus daripada kira-kira RM1.3 juta zakat tahun lalu, diberikan terus kepada golongan sasaran menggunakan kaedah ini.

Menurutnya, antara barangan itu adalah haiwan ternakan seperti lembu dan baki daripada jumlah zakat itu disalurkan kepada majlis agama Islam negeri.

"Tujuan dan matlamat zakat adalah untuk mengatasi masalah kemiskinan, jadi kalau kita bagi wang mungkin disalah guna dan habis tetapi kalau bagi benda ia boleh menjana pendapatan.

"Dengan kata lain, kita juga memberi pendidikan kepada mereka supaya melakukan transformasi cara hidup yang lebih baik. Iaitu lebih baik kita bagi pancing daripada bagi ikan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Seminar Transformasi Kewangan Islam di sini malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Pembiayaan Syariah (Kopsya) Angkasa, Datuk Syed Mohd. Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa dan Pengerusi Perhubungan Angkasa Sabah, Datuk Noraini Saleh.

Tambah Mohd. Ali, seramai 35 asnaf menerima zakat dalam bentuk haiwan ternakan iaitu lembu bernilai RM5,000 pada tahun ini.

Katanya, mereka yang terdiri daripada orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak itu digalakkan menternak lembu berkenaan dan boleh menjual balik kepada koperasi pada masa akan datang.
"Kaedah ini dilihat amat baik dan akan kita teruskan pada masa akan datang di mana pada tahun depan kita jangkakan sebanyak RM400,000 zakat akan disalurkan melalui kaedah ini," katanya.

27 koperasi terima pinjaman

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0704&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_01.htm

Published: July 04, 2012
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

KUALA KRAU 3 Julai - Sebanyak 27 koperasi di negeri ini diberi pinjaman Tabung Modal Pusingan (TMP) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bernilai RM5.18 juta sehingga akhir tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad berkata, pinjaman itu digunakan untuk modal pusingan kerja kontrak, membeli tanah dan bangunan serta memberi pinjaman semula kepada anggota koperasi.

Menurutnya, sehingga pertengahan Jun lalu, pinjaman TMP bernilai RM4 juta diberikan kepada tiga koperasi iaitu Koperasi Peserta Felda Gugusan Tembeling Tengah Bhd., Jerantut; Koperasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan Berhad.

''Kecemerlangan gerakan koperasi seperti ini patut menjadi model kepada koperasi yang lain daripada sudut urus tadbir yang baik, keupayaan dan kecekapan lembaga pengarah koperasi dalam merebut peluang ekonomi.

''Amalan pentadbiran cekap itu untuk memastikan koperasi dapat diuruskan dengan baik dan efektif bagi menjamin akauntabiliti korporat di sektor koperasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Koperasi Negara peringkat negeri yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Balora Mastika, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib; Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Ketua Sektor Pembangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKMM) Jaafar Muhayat.

Menurut Ishak, Gerakan koperasi mula diperkenalkan di negara ini pada 1922 dan kini berkembang dengan pesat dalam membantu mengukuhkan ekonomi rakyat.

Tuesday, July 3, 2012

Moccis - Mahu jadi terunggul

KOPERASI Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (Moccis) atau dahulunya dikenali sebagai Malay Officers Cooperative Credit And Investment Society (Moccis) adalah koperasi dan badan pelaburan utama bagi Pegawai Melayu di perkhidmatan awam dan sektor swasta.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahujaditerunggul/Article/index_html
Published: July 02, 2012

Ditubuhkan pada 4 Julai 1934, Moccis mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan. Pada masa kini, Moccis adalah salah satu koperasi terbesar di Malaysia yang menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan sektor koperasi sebagai penyumbang pembangunan ekonomi Malaysia.
Ikuti temu bual wartawan Bisnes Metro, Shanty Nur Shaffizan Shafee dengan Pengurus Besarnya, Khairul Zamri Jamal (gambar) mengenai hala tuju serta perancangan koperasi terbabit dengan ahlinya yang kini berjumlah 8,500 orang.


APAKAH perkembangan serta aktiviti terkini dijalankan Moccis setakat 2012?
Prospek perniagaan Moccis pada 2012 adalah untuk menjadi salah satu koperasi unggul dalam pembiayaan kredit kepada semua anggota dan orang awam yang menjadi ahli dengan sasaran jumlah pembiayaan sebanyak RM54 juta.

Selain itu, aktiviti perniagaan Moccis tertumpu kepada peningkatan keuntungan dan memenuhi keperluan negara daripada segi pinjaman, perkhidmatan dan barangan dengan strategi perniagaan yang diatur rapi.

Moccis kini mempunyai anak syarikat dan beberapa syarikat usaha sama yang terbabit dalam pelbagai aktiviti seperti pendidikan, penjualan barang melalui skim ansuran Murabahah, perladangan kelapa sawit, perkilangan, kewangan dan hartanah dengan sasaran ahli sehingga akhir tahun sebanyak 10,000 orang.

Bagaimana dengan sasaran Moccis ke arah mencapai pensijilan ISO 9001:2008?

Dengan perancangan rapi pihak pengurusan, operasi kami kini lebih agresif ke arah menjadikan Moccis sebagai koperasi pertama mendapatkan pensijilan ISO 9001:2008 tahun ini. Ini bagi menaikkan imej Moccis untuk menjadi 100 koperasi terbaik di Malaysia.

Matlamat Moccis untuk mendapatkan pensijilan pertama secara tidak langsung dapat melonjakkan imej Moccis mencapai wawasannya menjadi antara 100 koperasi terbaik dan terunggul di Malaysia.

Apakah produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Moccis?

Produk utama kami adalah Pembiayaan Peribadi Aslah yang menawarkan pembiayaan peribadi dengan jumlah pinjaman sehingga RM200,000 untuk tempoh sehingga 15 tahun. Bagi kakitangan kerajaan, gaji minimum adalah serendah RM700 manakala kakitangan swasta adalah RM1,000.

Kami memperuntukkan RM54 juta untuk diagihkan kepada peminjam. Sehingga suku pertama tahun ini, jumlah yang telah agihkan adalah 28 peratus, iaitu RM15 juta.

Tawaran pembiayaan pinjaman ini masih terbuka kepada bakal anggota yang ingin membuat pinjaman daripada Moccis manakala kaedah pembayaran balik adalah melalui Biro Potongan Angkasa atau Potongan Gaji Majikan, namun perkhidmatan ini ditawarkan selepas menjadi anggota Moccis dengan kadar faedah antara 4.9 peratus hingga 5.9 peratus bergantung kepada tempoh bayaran balik.

Bagi mendapat pembayaran balik daripada peminjam, kami sudah menstruktur balik organisasi dengan memecahkan Jabatan Pembiayaan dan Keanggotaan menjadi dua jabatan berasingan iaitu mewujudkan Jabatan Kutipan Semula.

Bagaimana dengan produk lain?

Bagi menjadikan Moccis lebih agresif, kami turut menawarkan perkhidmatan pajak gadai Ar-Rahnu dan kini mempunyai dua cawangan iaitu di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur serta Mantin, Negeri Sembilan. Rangkaian ketiga akan dibuka di Sungai Way, Petaling Jaya pada September tahun ini.

Pembukaan cawangan pertama Kedai Coop 1Malaysia oleh Moccis pada 27 Mac lalu turut menawarkan harga produk 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran. Dua lagi cawangan akan dibuka di Putrajaya dan Selangor.

Moccis juga turut memberi fokus di dalam sektor perladangan yang diuruskan oleh anak syarikat Moccis iaitu Ladang Moccis Sdn Bhd (LMSB) di Teluk Intan, Perak dengan keluasan ladang lebih 350 ekar.

Bagaimana dengan perancangan pada 2013?

Kami merancang untuk menumpukan kepada aktiviti pembangunan hartanah dengan rakan kongsi yang berdaya saing. Ini kerana Moccis mempunyai pengalaman dalam bidang terbabit ketika membangunkan Desa Moccis pada 1994.

Selain itu, sasaran Moccis pada tahun depan adalah untuk membuka empat lagi cawangan pajak gadai Ar-Rahnu di sekitar Selangor didorong oleh prospek serta unjurannya yang semakin positif.

Tekun harap dana bajet

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tekunharapdanabajet/Article/index_html

Published: July 02, 2012

TABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) berharap peruntukan dana diteruskan dalam bajet 2013 bagi meramaikan usahawan Bumiputera yang berjaya.
Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, hasrat itu selari dengan tujuan kerajaan meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera menerusi perniagaan.

“Kami menggalakkan agenda Bumiputera dalam konteks 1Malaysia untuk memastikan golongan ini maju bersama masyarakat Cina dan India,” katanya selepas Seminar Transformasi Usahawan Bumiputera Dalam Sektor Peruncitan 2012 zon utara, di Pulau Pinang, semalam.

Seminar itu dianjurkan Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sambil menyifatkan modal sebagai masalah paling besar dihadapi golongan Bumiputera, Abdul Rahim berkata, Tekun Nasional akan terus membantu dan memastikan golongan ini berjaya.

Sunday, July 1, 2012

RM8j biaya niaga francais mikro

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/rm8j-biaya-niaga-francais-mikro-1.62262

Published: Jun 30, 2012

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan 
Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

SEREMBAN - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8 juta di bawah Skim Pinjaman Kecil Francais bagi pembiayaan khas pinjaman mudah untuk perniagaan francais mikro.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kemudahan itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan tidak melebihi 65 tahun pada tarikh permohonan.

“Ia melibatkan pakej francais tidak melebihi RM50,000 dan margin pembiayaan sehingga 90 peratus atas kadar 3 peratus setahun sahaja ke atas baki berkurangan dengan tempoh masa pembiayaan sehingga lima tahun,” katanya pada  program francais komuniti peringkat Negeri Sembilan, semalam.

Katanya, apa yang menarik, pinjaman mikro itu tidak perlu sebarang cagaran atau penjamin, cukup sekadar mempunyai surat tawaran daripada francaisor tempatan dan syarikat berdaftar, serta tidak semestinya mempunyai premis  perniagaan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai merebut peluang ini dan menjadikannya sebagai satu landasan untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan francais. “Sehingga 25 Jun 2012, daripada RM8 juta itu, sejumlah RM3.5 juta telah diluluskan kepada seramai 152 bakal francaisi.

Selain daripada skim pinjaman kecil ini, pelbagai kemudahan pinjaman lain juga disediakan untuk membiayai perniagaan francais, sama ada untuk  francaisor ataupun francaisi, melalui agensi di bawah kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS). “Kini, PNS pinjamkan lebih dari RM45.88 juta kepada 48 francaisor dan RM149.68 juta kepada 923 francaisi. Selain itu, sejumlah RM50 juta diperuntukkan khas biaya perniagaan francais golongan wanita, termasuk ibu tunggal,” katanya. - Bernama

Tekun Nasional harap Bajet 2013 salur dana

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/tekun-nasional-harap-bajet-2013-salur-dana-1.62463

Published: Jun 30, 2012

GEORGETOWN - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (Tekun Nasional) berharap peruntukan dana dapat diteruskan dalam bajet 2013 bagi meramaikan usahawan Bumiputera yang berjaya.

Pengarah Urusannya Datuk Abdul Rahim Hassan berkata hasrat itu juga selari dengan tujuan kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera menerusi bidang perniagaan.

"Kita menggalakkan agenda Bumiputera dalam konteks 1Malaysia, yang memastikan golongan ini maju bersama masyarakat Cina dan India," katanya kepada pemberita selepas seminar transformasi usahawan Bumiputera dalam sektor peruncitan 2012 zon utara, di sini hari ini.

Seminar itu dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Sambil menyifatkan modal merupakan masalah yang paling besar yang dihadapi golongan Bumiputera untuk memulakan perniagaan, Abdul Rahim berkata Tekun Nasional akan terus membantu dan memastikan golongan ini berjaya.

Menurutnya Tekun Nasional telah mengagihkan pinjaman sebanyak RM2.2 bilion sejak ditubukan pada tahun 1998, dengan RM101 juta diperuntukkan kepada 10,989 penerima di Pulau Pinang.

Untuk memastikan Tekun Nasional dapat terus memberi modal kepada usahawan Bumiputera, Abdul Rahim berkata institusi ini akan berusaha untuk menambah bayaran balik kepada RM25 juta sebulan tahun ini daripada RM20 juta sebelumnya.

Katanya kadar kejayaan ialah 70 peratus dalam kalangan peniaga yang masih berniaga, manakala 30 peratus lagi membabitkan mereka yang gagal atau tidak dapat membayar balik pinjaman walaupun masih meneruskan perniagaan.- Bernama