Friday, August 3, 2012

PPIM buat laporan polis ke atas Genneva Malaysia

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)hari ini membuat laporan polis terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana didakwa mengeluarkan maklumat yang mengelirukan orang Islam mengenai skim pelaburan emas syarikat itu.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/ppim-buat-laporan-polis-ke-atas-genneva-malaysia-1.72729
Published: August 03, 2012

Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata di dalam laman webnya, syarikat itu menyatakan bahawa skim pelaburan emas yang dijalankannya menepati kehendak syarak, sungguhpun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan bahawa transaksi jual beli syarikat itu tidak memenuhi peraturan hukum syarak.

Pada 10 Julai lepas, Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin mengumumkan bahawa operasi syarikat itu didapati tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas seperti diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa.

Mohd Mustaffa berkata, perkara ini harus ditangani segera kerana ia mampu mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kerana pihak persatuan difahamkan bahawa syarikat ini telah mengutip dana lebih RM5 bilion daripada orang ramai.

"Setakat ini kami menerima hampir 30 aduan daripada pelabur yang bimbang dan gusar dengan skim pelaburan syarikat itu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dekat sini, semalam.

Mohd Mustaffa mendakwa kegiatan syarikat bukan hanya melibatkan masyarakat biasa tetapi juga orang kenamaan serta syarikat.

No comments:

Post a Comment