Thursday, August 9, 2012

Pos Malaysia Lancar Perkhidmatan Pajak Gadai Islam, Arrahnu@pos

BANGI, 8 Ogos (Bernama) -- Pos Malaysia Berhad Rabu melancarkan satu lagi perkhidmatan iaitu pajak gadai Islam di bawah jenama ArRahnu@POS, yang merupakan pilihan perkhidmatan mudah, mematuhi aspek Syariah dan bagi menukar barang kemas kepada bentuk wang tunai.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=686544
Published: August 09, 2012

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz yang melancarkan perkhidmatan itu di sini hari ini berkata ia bakal memberi faedah terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil yang memerlukan sumber pembiayaan segera, mudah dan pada kadar yang berpatutan.

"Pos Malaysia merupakan sebuah agensi di bawah kementerian, jadi orang ramai lebih yakin kerana kerajaan secara tidak langsung terlibat dalam menjamin keselamatan barang kemas yang disimpan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan itu di cawangan Pos Malaysia Bandar Baru Bangi.

Maglin berkata buat masa ini dua cawangan menawarkan perkhidmatan itu iaitu di sini serta di Kuala Terengganu memberi pinjaman wang berjumlah lebih RM600,000 sejak beroperasi Julai lalu.

Beliau berkata setiap transaksi dilakukan dengan pantas oleh petugas yang telah diberi latihan sewajarnya, dan apabila diperluaskan ke semua lebih 700 cawangan Pos Malaysia di seluruh negara kelak perkhidmatan itu akan memberi kemudahan kepada orang ramai terutama mereka di kawasan pedalaman.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment