Friday, September 28, 2012

Poh Kong Catat Keuntungan Sebelum Cukai RM71.41 Juta Bagi Tahun Kewangan 2012

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsbusiness.php?id=697851

Published: September 28, 2012

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Keuntungan sebelum cukai Poh Kong Holdings Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai, 2012, naik kepada RM71.41 juta daripada RM57.67 juta yang dicatatkan dalam tahun kewangan lepas.

Pendapatan meningkat kepada RM830.12 juta daripada RM692.42 juta, kata Poh Kong dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Khamis.

Peningkatan pendapatan itu adalah hasil daripada kenaikan harga emas domestik, sumbangan daripada pembukaan kedai baharu dan kedai sedia ada juga mencatatkan jualan tinggi.

Pendapatan kumpulan dijana terutamanya daripada segmen runcit manakala segmen pembuatan membekalkan barang kemas emas yang sudah siap kepada segmen runcit, kata syarikat itu.

-- BERNAMA 

No comments:

Post a Comment