Tuesday, September 25, 2012

Pelaburan Emas - T&T, USM meterai MoU

T&T, USM meterai MoU
Tony (kiri) bersama wakil USM dan sebahagian produk emas 
dan perak T & T Gold and Silver ketika perjanjian, baru-baru ini.

Syarikat pembuatan dan perdagangan emas serta perak, T & T Gold and Silver telah memeterai Perjanjian Memorandum (MoU) bersama Universiti Sains Malaysia (USM).

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/t-t-usm-meterai-mou-1.88181
Published: September 24, 2012

Pengarah Urusannya, Tony Saw WT berkata, kolaborasi itu melibatkan penyertaan bersama dalam analisis pengujian ketulenan emas dan perak termasuk penyediaan kemudahan serta peralatan juga pengeluaran sijil ketulenan.
Menurutnya, T & T terlibat dengan pembuatan jongkong, syiling dan emas perhiasan.
“Usahawan T & T dianggap sebagai rakan kongsi sekali gus menawarkan komisen paling lumayan dan mengeluarkan produk terbaik melibatkan spread kecil serta menawarkan harga berpatutan.

“Misi T & T adalah menjadi antara tiga syarikat emas dan perak terbaik di Malaysia dalam masa tiga tahun. Kini, semua aktiviti pengilangan, pengambilan stok, penghantaran, tempat latihan dan perbincangan dilakukan di Kota Damansara,” katanya.

Tony berkata, seperti diketahui umum, kenaikan emas lima tahun sebelum ini sebanyak 148 peratus manakala kenaikan perak adalah 441 peratus.
Katanya, berdasarkan anggaran dikeluarkan pakar analisis, kenaikan emas hujung tahun ini boleh mencecah hampir RM200 per gram manakala 2017 mungkin melebihi RM500 per gram.

“Bagi kenaikan perak pula boleh mencecah melebihi 500 peratus pada 2017,” katanya.

No comments:

Post a Comment