Tuesday, February 14, 2012

Disasar jadi bank koperasi

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

Published: on 14 February 2012

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. kini berada di landasan terbaik dalam merealisasikan penubuhan sebuah bank koperasi menjelang 2015.

Pengerusinya, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, penubuhan bank itu adalah sejajar dengan strategi untuk membawa koperasi itu ke tahap lebih tinggi.

“Segala persiapan sudah berada di tahap 50 peratus termasuk dari segi keperluan pengurusan serta logistik. Kebajikan ahli-ahli dan kakitangan koperasi ini akan tetap diberi keutamaan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada segala kejayaan yang telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian dengan PC Soft (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Microlink Sdn. Bhd. untuk pengurusan keanggotaan, pembiayaan kewangan dan sistem pengurusan kebajikan anggota, di Wisma Koperasi Tentera hari ini.

Pada majlis itu, koperasi turut menandatangani perjanjian bersama dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perdagangan (NUCW) bagi pelarasan gaji kakitangan sebanyak 14 peratus.

No comments:

Post a Comment