Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsgeneral.php?id=688094
Published: August 15, 2012
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) yakin sasaran kerajaan menubuhkan 10,000 buah koperasi
menjelang 2013 dan 16,000 lagi koperasi sebelum 2020 mampu dicapai.
Timbalan Yang Dipertua Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan positif penubuhan
koperasi apabila sehingga 2011 sebanyak 9,000 berdaftar di bawah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di seluruh negara.
"Mengikut Dasar Koperasi Negara II, antara 2011 dan 2020 kerajaan
menyasarkan penubuhan 10,000 koperasi menjelang 2013 dan 16,000 koperasi
menjelang 2020.
"Berdasarkan kewujudan 9,000 koperasi setakat tahun lalu, kita masih
ada setahun lagi iaitu tahun ini untuk mencapai sasaran itu. Jadi,
Angkasa yakin sasaran kerajaan itu berjaya dicapai," katanya selepas
menutup Kursus Induksi Koperasi Baharu Menjadi Ahli Angkasa Peringkat
Zon Timur di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, kesemua koperasi sedia ada adalah membabitkan
pelbagai sektor seperti peruncitan, perbankan, perumahan, pengangkutan
dan pelancongan.
Jelasnya, pencapaian awal itu juga didorong kerjasama Angkasa dengan
SKM dalam merealisasikan penubuhan 1Komuniti 1Koperasi diikuti 1Koperasi
1Kariah masjid.
Beliau memberitahu, kini terdapat 6,600 masjid di seluruh negara yang
berpotensi untuk menubuhkan koperasi kariah masjid yang mampu memberi
pelbagai manfaat kepada ahli kariah setempat.
No comments:
Post a Comment