Wednesday, August 29, 2012

SKM bantu koperasi tubuh kedai runcit

KOTA BAHARU 27 Ogos - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi bantuan sehingga RM50,000 untuk kerja pengubahsuaian dan pinjaman tanpa cagaran juga sehingga RM50,000 sebagai modal pusingan kepada koperasi di Kelantan yang berminat menubuhkan kedai runcit.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120828/ek_05/SKM-bantu-koperasi-tubuh-kedai-runcit
Published: August 28, 2012

Pengarah SKM cawangan Kelantan, Wan Mohamad Sabri Wan Harun berkata, bantuan berkenaan melibatkan pengubahsuaian premis perniagaan seperti papan tanda, rak barangan, komputer dan alat penyaman udara, manakala pinjaman itu dikenakan faedah dua peratus.

Bercakap kepada Bernama di sini hari ini, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menYasar untuk mewujudkan 14 kedai runcit koperasi di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di negeri ini tahun ini.

Setakat ini, katanya, terdapat tujuh kedai runcit milik koperasi terlibat dengan program Tukar di Kelantan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment