Sunday, June 9, 2013

Peserta Azam Tani Diingat Tidak Cepat Puas Hati, Perlu Terus Majukan Diri

ALOR SETAR, 9 Jun (Bernama) -- Peserta Program Azam Tani diingatkan supaya tidak cepat berpuas hati setelah berjaya keluar daripada garis kemiskinan selepas membabitkan diri dalam program berkenaan.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=954920
Published: Jun 09, 2013

Source from (Kosmo): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0610&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
Published: Jun 10, 2013


ISMAIL SABRI (tengah) bersalaman dengan orang ramai ketika hadir 
pada majlis ramah mesra bersama peserta Azam Tani dari Kedah dan 
Perlis di bawah Lembaga MADA di Alor Setar 

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peserta sebaliknya perlu terus meningkatkan pencapaian sehingga berjaya dan dapat bergelar usahawan dan menjana pendapatan lebih besar.

"Sasaran program Azam Tani hanyalah mengeluarkan mereka (peserta) daripada garis kemiskinan. Walaupun KPI (prestasi petunjuk utama) kementerian dah tercapai, tapi saya masih tak puas hati, saya nak mereka (peserta) pergi lebih jauh lagi.

"Kementerian ada agensi seperti Tekun (Tekun Nasional) dan Agro Bank yang boleh membantu mereka mengembangkan bidang yang mereka ceburi sehingga berjaya menjadi usahawan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra Menteri Pertanian bersama Peserta Azam Tani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dekat Alor Setar, Ahad.

Ismail Sabri berkata sejak program berkenaan diperkenalkan pada 2011, terdapat lebih 900 peserta Azam Tani di bawah MADA sahaja, membabitkan peruntukan lebih RM4.5 juta dan bagi tahun ini sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk 250 peserta.

"Kita ada pegawai yang sentiasa memantau setiap peserta, bertindak sebagai mentor kepada peserta dan bersedia membimbing mereka sehingga berjaya.

"Daripada 900 peserta Azam Tani Mada, lebih 100 peserta bukan sahaja berjaya keluar daripada garis kemiskinan, tapi dapat bergelar usahawan. Contohnya, ada pengusaha roti canai dulu berpendapatan RM400, dengan bantuan program ini dia berjaya dapat RM4,000 sebulan," katanya.

Selain di bawah MADA, peserta yang terlibat dalam program Azam Tani termasuklah mereka di bawah Jabatan Perikanan dan Jabatan Pertanian.

--BERNAMA

Gold slumps on better-than-expected job data

CHICAGO, June 7 (Xinhua) -- Gold futures on the COMEX division of the New York Mercantile Exchange dropped sharply Friday on better-than-expected data.

Source from (Xinhuanet): http://news.xinhuanet.com/english/business/2013-06/08/c_124830569.htm
Published: Jun 09, 2013


The most active gold contract for August delivery slumped 32.8 dollars, or 2.32 percent, to settle at 1,383 dollars per ounce.

The U.S. Labor Department said Friday that U.S. created 175,000 jobs in May, exceeding economists' forecasts of 164,000; and the unemployment rate rose slightly to 7.6 percent in May from 7.5 percent in April. Better-than-expected employment figures pushed up dollar and U.S. equities, dampening gold instead.

Former Fed Chairman Alan Greenspan's remarks in an interview with CNBC further aggravated gold's tumble, sending gold settlement price to the lowest level since May 28. He said the central bank should "get moving" on slowing down its bond-purchase program.

Silver for July delivery lost 96.4 cents, or 4.25 percent, to close at 21.743 dollars per ounce. Platinum for July delivery dropped 26.7 dollars, or 1.75 percent, to close at 1,502.6 dollars per ounce. 

Saturday, June 8, 2013

Koperasi disaran fokus penghasilan produk

GOPENG 7 Jun - Pertubuhan koperasi di negeri ini disaran memberikan fokus sepenuhnya terhadap penghasilan produk yang berpotensi untuk dibangunkan agar boleh meningkatkan hasil ekonomi ahli-ahlinya pada masa hadapan.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130608/wu_02/Koperasi-disaran-fokus-penghasilan-produk
Published: Jun 08, 2013

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Nizar Zakaria berkata, produk berasaskan pelancongan antara bidang yang boleh diketengahkan kerana sektor itu berkembang pesat saban tahun.

Oleh itu katanya, setiap koperasi perlu menitikberatkan hasil kerja dan perkhidmatan terbaik terhadap pelanggan dalam usaha memenangi hati mereka.

"Saya lihat produk berkaitan pelancongan, peruncitan dan industri kecil dan sederhana (IKS) mempunyai potensi besar untuk diceburi oleh pertubuhan koperasi di Perak.

"Saya yakin produk ini boleh diketengahkan sekiranya diusahakan secara bersungguh-sungguh. Bagaimanapun, pada masa sama, perancangan daripada aspek modal dan strategi perniagaan perlu digerakkan bagi memastikan usaha itu membuahkan hasil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat produk pelancongan diusahakan Koperasi Pelancongan Gopeng Berhad di Kampung Sungai Itek di sini baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pengurusan Koperasi Pelancongan Gopeng Berhad, Mohd. Nizar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja berkata, beliau berpuas hati dengan pengurusan koperasi terbabit yang mempunyai kira-kira 100 ahli berdaftar.

Katanya, koperasi tersebut mampu berkembang maju kerana mengetengahkan produk pelancongan berbentuk eko-pelancongan dengan menceburi bidang inap desa yang amat bersesuaian memandangkan Kampung Sungai Itek kini menjadi lokasi pelancongan.

"Mereka nampak produk pelancongan mampu menjana ekonomi ahlinya dan ternyata pilihan mereka tepat dan wajar dijadikan contoh oleh koperasi lain di Perak," katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merupakan tulang belakang koperasi dan jabatan berkenaan menyediakan pelbagai bantuan kepada koperasi di seluruh negara untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

"Saya akan terus memberi sokongan kepada semua koperasi di Perak untuk menjayakan aktiviti yang dilaksanakan dan apa yang penting koperasi berkenaan perlu menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan daya saing," katanya.

Sahabat AIM Baling dapat tambahan dana RM7.7 juta

BALING 7 Jun - Sebanyak RM7.7 juta diperuntukkan kepada sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Baling tahun ini sebagai tambahan modal pinjaman kepada usahawan AIM.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130608/wu_03/Sahabat-AIM-Baling-dapat-tambahan-dana-RM77-juta
Published: Jun 08, 2013


Azmi Che Husain menyampaikan hadiah acara cabutan nombor bertuah 
kepada seorang Sahabat AIM pada majlis penutupan Ekspo Jualan Usahawan 
Niaga AIM di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Kupang, Kedah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Datuk Azmi Che Husain berkata, AIM berjaya melahirkan ramai usahawan yang berjaya sehingga mereka mampu mengeluarkan diri dan keluarga mereka daripada kepompong kemiskinan dengan menjalankan pelbagai perniagaan termasuk pertanian dan perkilangan.

Katanya, mereka juga mampu menghasilkan produk-produk berkualiti untuk dijual di pasaran berdasarkan makanan dan minuman yang halal dan terjamin dari segi kebersihan.

"AIM cawangan Baling adalah antara yang berjaya di sini yang disokong oleh kerajaan dengan pertambahan dana daripada RM29 juta kepada RM33 juta tahun ini.

"Pertambahan dana ini adalah kerana sokongan baik yang telah diberikan oleh Sahabat AIM dalam urusan pinjaman dengan bayaran balik yang sempurna.

"Usaha yang lebih giat lagi perlu dijalankan untuk menguar-uarkan usaha niaga dan aktiviti perniagaan sahabat-sahabat AIM agar penduduk setempat dan juga orang ramai mengetahui dengan lebih lanjut mengenai AIM," katanya ketika menutup Ekspo Jualan Usahawan Niaga AIM di Sekolah Menengah Jerai, Kupang semalam.

Sementara itu, Pengurus Cawangan AIM, Halimaton Yaakob berkata, selama 24 tahun AIM beroperasi di sini, daftar keahlian sahabat AIM terkini ialah seramai 3,778 orang dengan pembahagian operasinya mengikut blok.

Friday, June 7, 2013

Cadang wujud 1Keluarga 1Koperasi

KUANTAN 6 Jun - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan 1Keluarga 1Koperasi dalam usaha menggalakkan penglibatan masyarakat.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20130607/wp_01/Cadang-wujud-1Keluarga-1Koperasi
Published: Jun 07, 2013



Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, penubuhan koperasi dalam kalangan ahli keluarga amat baik terutama dilihat dari aspek pengurusan aktiviti perniagaan dan kewangan.

"Jika ia diuruskan dengan betul dan aktif, setiap koperasi akan berkembang dengan pesat dan memberi pulangan yang amat baik.

"Tambahan pula terdapat kalangan profesional dan ahli akademik dalam anggota keluarga yang pastinya dapat menyumbang idea dan kepakaran," katanya ketika sesi taklimat bersama pegawai dan kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Wisma Persekutuan di sini semalam.
Yang hadir sama, Pengarah SKM negeri, Mohamad Zawawi Mahmud.

Menurut Shahiruddin, SKM juga perlu mengubah pendekatan dalam usaha menggalakkan penyertaan orang ramai menubuhkan koperasi terutama dari segi jumlah keahlian.

"Kurangkan jumlah ahli daripada 50 kepada 20 atau 30 orang bagi menggalakkan lebih banyak koperasi ditubuhkan.

"Ini kerana bukan mudah untuk mencari ahli yang betul-betul komited terutama dalam pengurusan dan pembahagian saham.

"Saya berpendapat lebih kecil jumlah ahli pada peringkat permulaan sesebuah koperasi akan lebih mudah untuk diuruskan," jelasnya.

Beliau turut menggesa SKM mengkaji semula keberkesanan program-program yang dilakukan sebelum ini sama ada membawa kebaikan kepada masyarakat keseluruhan atau tidak.

"Saya harap SKM teliti semula program yang disusun sebelum ini sama ada mendapat sambutan masyarakat atau sebaliknya kerana saya tidak mahu setiap pelaksanaan program hanya memuaskan hati para pegawai.

"Sedangkan di peringkat bawahan mereka tidak merasai dan mendapat apa yang sebenarnya diharapkan pucuk pimpinan," jelasnya.

India boosts tax on gold imports

INDIA, the world's largest gold buyer, increased a tax on bullion imports to curb a record current-account deficit at a time when the World Gold Council predicts an all-time high quarterly demand for the metal.

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/ingold/Article/index_html
Published: Jun 07, 2013

The duty will rise to eight per cent from six per cent, effective immediately, Revenue Secretary Sumit Bose said in a telephone interview here yesterday. Before the move, India had tripled the tax since January last year.

Gold imports may fall as much as 20 per cent this year, the All India Gems & Jewellery Trade Federation said. The levy on platinum imports was also increased to eight per cent from six per cent.

Gold's slump to a two-year low in April boosted demand for jewellery from Asia. The tax increase is the latest by India to curb the appetite for the precious metal among the nation's 1.2 billion population, for uses ranging from wedding jewellery to a hedge against consumer-price inflation.

Such demand contributed to a US$32.6 billion (RM100.5 billion) current-account gap in the last quarter of 2012, equivalent to a record 6.7 per cent of gross domestic product.

Gold for immediate delivery dropped 0.7 per cent to US$1,394.10 an ounce at 1.28pm in Mumbai, down 17 per cent in dollar terms this year compared with an 11 per cent drop in rupees. The dollar price reached a two-year low of US$1,321.95 on April 16 after rallying for the past 12 years in the longest bull run in at least nine decades.

India's gold imports will be 300 to 400 tonnes in the second quarter, almost half of total shipments for all of last year, the London-based World Gold Council said in a May 29 report.

Inward shipments may decline by as much as 20 per cent in 2013 after the increased levy, Bachhraj Bamalwa, a director at the All India Gems & Jewellery Trade Federation, said by telephone from Kolkata.

Gold imports aren't sustainable and India must curtail them, Finance Minister Palaniappan Chidambaram said in Mumbai yesterday.

He urged banks to refrain from encouraging purchases of the metal, saying the country's overall economic situation isn't very promising, with investment still weak.

The government this week sold inflation-linked bonds for the first time in 15 years, to provide investors with an alternative to gold as a buffer against inflation. Bloomberg

Thursday, June 6, 2013

KPDNKK To Increase Price Control Enforcement By Ramadan

PASIR MAS, June 5 (Bernama) -- The Kelantan Department of Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism (KPDNKK) will intensify its enforcement on prices of controlled items by Ramadan next month and establish closer cooperation with other agencies.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/ge/newsgeneral.php?id=954243
Published: Jun 06, 2013

Its director, Sharuddin Jali said the move was taken to curb price increases for commodities such as sugar, wheat flour, oil and eggs which can create panic among consumers.

"Other agencies such as the Anti-Smuggling Unit, the Royal Customs and Immigration will jointly take measures to prevent smuggling and monitor the prices of controlled items," he told reporters here today, adding that a total of 371 cases involving seizures of price-controlled items were reported in the state reported last year.

"As of April this year, 52 cases were reported which shows a reduction due to the enhanced enforcement, while last month, Pasir Mas KPDNKK solved a total of five cases under the Supply Control Act 1961 involving fuel and wheat flour meant to be smuggled to Thailand," he said.

He said anyone with information about smuggling activities and price increases can contact the hotline at 1-800-886-800 or via the short messaging service by typing KPDNKK ADUAN and send to 15888.

-- BERNAMA