Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FaedahkewanganmikroIslam/Article/index_html
Published: on 27 April 2012
KEWANGAN mikro Islam membuka peluang untuk kewangan Islam
membangunkan produk yang menguntungkan, beretika, malah pada masa sama
ia mampu menyokong aktiviti keusahawanan sosial dan melabur dalam dana
sosial dalam jangka panjang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kewangan mikro
Islam adalah kewangan yang terangkum, keusahawanan dan perkongsian
risiko menerusi usaha sama kewangan, satu pendekatan yang tidak dimiliki
kewangan mikro konvensional.
“Sejak tahun kebelakangan
ini, beberapa institusi kewangan mikro menawarkan perkhidmatan kepada
pelanggan Islam berpendapatan rendah dan memenuhi keperluan mereka untuk
mendapatkan produk berlandaskan prinsip kewangan Islam.
“Ini menjurus kepada kemunculan mikro kewangan Islam sebagai
pasaran baru khusus yang kita perlu memanfaatkannya,” katanya dalam
ucapan dasar pada Forum Penyumbang Dunia 2012 di Kuala Lumpur, semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, walaupun kemajuan ketara
sudah dicapai, institusi kewangan Islam belum berjaya menjadikan
perkhidmatan kewangan itu dapat diakses secara meluas, oleh rakyat
miskin, satu usaha yang mampu membasmi kemiskinan dengan ketara di
seluruh dunia.
Beliau berkata, nadi kewangan Islam ialah
semangat dermawan tulen yang terserlah menerusi memberi serta amalan
perniagaan. - Bernama
Friday, April 27, 2012
Monday, April 16, 2012
Ekonomi KATMB sasar bank koperasi 2015
Source From (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KATMBsasarbankkoperasi2015/Article
Published: on 16 April 2012
Oleh Mohd Zaky Zainuddin
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia tawar khidmat kepada orang ramai
KOPERASI Angkatan Tentera Malaysia Bhd (KATMB) menyasar membuka tiga cawangan Ar-Rahnu mulai Julai ini selaras hasrat meluaskan operasinya untuk mencapai sasaran menjadi bank koperasi menjelang 2015. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Brig Jen (B) Datuk Ahmad Zahudi Salleh, berkata pembukaan cawangan perintis Ar-Rahnu masing-masing di Sungai Besi, Kuala Lumpur; Kluang, Johor dan Melaka itu akan menjadi pembuka jalan kepada KATMB menawarkan perkhidmatan kepada orang awam.
“Sejak KATMB beroperasi hampir 51 tahun di Malaysia, kami hanya memberi tumpuan dalam memberi kemudahan pembiayaan kepada ahli yang juga anggota tentera dan pesara tentera, namun dengan adanya Ar-Rahnu, perkhidmatan kami lebih luas sehingga kepada rakyat biasa,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ahmad Zahudi berkata, perniagaan Ar-Rahnu dijangka menjadi aktiviti perniagaan utama KATMB bersama-sama dengan pembiayaan peribadi kepada ahlinya, disusuli dengan pendapatan berasaskan yuran iaitu insurans dan cabang pelaburan lain.
“Kami menjangkakan akan memperoleh keuntungan menerusi cabang Ar-Rahnu selepas dua tahun ia beroperasi,” katanya.
Mengenai pelaburan KATMB tahun ini, beliau berkata, koperasi yang memiliki keahlian mencecah 145,000 orang itu akan terus memberi tumpuan kepada segmen kewangan dan insurans dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai antara koperasi berdaya saing di negara ini.
“Kami sedang merangka pilihan tepat sebelum membuat pelaburan kerana ia menggunakan dana pemegang saham atau kumpulan wang anggota (ahli),” katanya.
Katanya, KATMB bercadang membeli ekuiti dalam syarikat insurans konvensional bagi mengukuhkan perkhidmatan insuransnya di Malaysia.
“Kini, kami sedang meninjau beberapa syarikat yang memiliki reputasi yang baik sebelum memuktamadkan sebarang langkah pembelian ekuiti,” katanya.
Setakat ini, ia memiliki pegangan 30 peratus dalam Great Eastern Takaful Malaysia, hasil usaha sama dengan I-Great Capital iaitu anak syarikat milik penuh Great Eastern Capital Malaysia.
Tahun lalu, KATMB melabur sebanyak RM103 juta dalam pelbagai bidang termasuk hartanah, pembuatan, pengilangan dan perkhidmatan dengan sektor berkaitan kewangan menjadi penyumbang terbesar dari segi pulangan iaitu sebanyak 75 peratus.
Sehingga kini, KATMB memiliki pegangan ekuiti sebanyak 16.44 peratus dalam PacificMas Bhd, syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia (dahulunya Pacific Bank Bhd) dan 15 peratus dalam Syarikat Pacific Mutual Fund Bhd.
Mengenai prestasi kewangan, Ahmad Zahudi berkata, KATMB menyasar meraih pendapatan sebanyak RM260 juta tahun ini, unjuran pertumbuhan lebih kecil kira-kira lapan peratus berbanding RM241 juta pada 2011.
Beliau berkata, pertumbuhan lebih kecil itu hasil kajian dilaksanakan koperasi berdasarkan jangkaan trend pembiayaan yang menurun sebelum ia kembali meningkat untuk beberapa tahun akan datang.
“Dari segi keuntungan bersih, kami jangka ia mampu mencapai RM177 juta berdasarkan perkembangan dari segi pendapatan luar biasa iaitu pulangan pelaburan yang dianggarkan mencecah RM60 juta hingga RM70 juta tahun ini,” katanya.
Pendapatan tahun lalu dicatatkan sebanyak RM241 juta, meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan pertumbuhan keuntungan bersih sebanyak 33 peratus kepada RM209 juta.

Thursday, April 12, 2012
Angkasa rancang buka 20 pusat dialisis
Source From (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Angkasarancangbuka20pusatdialisis/Article/index_html
Published: on 12 April 2012
ANGKATAN Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) melebarkan lagi sayap perniagaannya menerusi bidang perkhidmatan dialisis dengan sasaran membuka 20 pusat dialisis seluruh negara menjelang Jun depan membabitkan lokasi pertama di Bayan Baru, Pulau Pinang dan Temerloh, Pahang.
Presiden Angkasa, Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata, pihaknya memberi peluang kepada ahli gabungan membabitkan diri dalam perkhidmatan itu sebagai sebahagian daripada aktiviti perniagaan selain membantu ahli koperasi mendapatkan rawatan pada harga rendah dan tidak membebankan.
“Kewujudan pusat dialisis MyAngkasa ialah satu inisiatif murni untuk koperasi melebarkan lagi sayap perniagaan dan melengkapkan pembabitan aktiviti dalam pembangunan bidang nefrologi di negara ini.
“Selain dapat menstabilkan harga perkhidmatan dialisis demi manfaat semua golongan masyarakat, penubuhan pusat ini juga dapat merangsang sektor koperasi untuk menceburi bidang ini secara lebih meluas sekali gus menjadikannya sebagai pemangkin kepada aktiviti pembuatan komponen serta penubuhan Institut Latihan Nefrologi Malaysia tidak lama lagi,” katanya selepas majlis perasmian bangunan Angkasa Negeri Sembilan di Pusat Perniagaan Betaria di Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keusahawanan dan Pembangunan Koperasi Negeri Sembilan, Datuk Yunus Rahmat yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Bangunan tiga tingkat yang sebelum ini menempatkan Koperasi Serbamaju Daerah Jempol dibeli Angkasa pada harga RM429,000 akan menempatkan Pejabat Perhubungan Negeri Sembilan di tingkat satu dan dua manakala tingkat bawah menempatkan Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa (Kopsya).
Mengenai rancangan tahun ini, Dr Mohd Ali berkata, koperasi itu akan terus menggerakkan pelbagai aktiviti ekonomi termasuk dalam bidang pembangunan hartanah, membuka rangkaian perniagaan kedai perkakasan dan perkhidmatan kesihatan.
Katanya, Angkasa melancarkan satu skim baru membabitkan pinjaman hartanah berasaskan syariah yang dikendalikan Kopsya, dijangka awal bulan depan, yang akan memberi manfaat kepada ramai ahli.

Subscribe to:
Posts (Atom)