KOTA BHARU - Sebanyak 60,024 penjaja dan peniaga kecil di negeri ini telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan mereka menerima perlindungan Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).
Source from (Bernama): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm
Published: August 02, 2013
Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan Sharuddin Jali berkata, skim perlindungan insurans yang diperkenalkan kerajaan sejak Januari 2012 itu memberi perlindungan 24 jam sehari tanpa mengira dimana mereka berada.
Penjaja dan peniaga kecil akan menerima faedah daripada skim ini seperti bayaran kos perubatan jika terbabit dalam kemalangan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek P1MPIN di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi penjaja dan peniaga kecil yang meninggal dunia, wang pampasan akan diserahkan kepada waris.
Sehubungan itu, beliau meminta penjaja dan peniaga kecil yang belum mendaftar dengan SSM supaya segera berbuat demikian. - Bernama