Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm
Published: on 14 February 2012
KUALA LUMPUR 13 Feb. – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. kini
berada di landasan terbaik dalam merealisasikan penubuhan sebuah bank
koperasi menjelang 2015.
Pengerusinya, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata,
penubuhan bank itu adalah sejajar dengan strategi untuk membawa koperasi
itu ke tahap lebih tinggi.
“Segala persiapan sudah berada di tahap 50 peratus termasuk dari segi
keperluan pengurusan serta logistik. Kebajikan ahli-ahli dan kakitangan
koperasi ini akan tetap diberi keutamaan kerana mereka merupakan tulang
belakang kepada segala kejayaan yang telah dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani
perjanjian dengan PC Soft (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Microlink Sdn. Bhd.
untuk pengurusan keanggotaan, pembiayaan kewangan dan sistem pengurusan
kebajikan anggota, di Wisma Koperasi Tentera hari ini.
Pada majlis itu, koperasi turut menandatangani perjanjian bersama
dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perdagangan (NUCW) bagi
pelarasan gaji kakitangan sebanyak 14 peratus.
No comments:
Post a Comment