Thursday, February 13, 2014

Lebih 60 ribu penjaja berdaftar nikmati insurans P1MPIN

KOTA BHARU - Sebanyak 60,024 penjaja dan peniaga kecil di negeri ini telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang membolehkan mereka menerima perlindungan Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN).

Source from (Bernama): http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm
Published: August 02, 2013

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan Sharuddin Jali berkata, skim perlindungan insurans yang diperkenalkan kerajaan sejak Januari 2012 itu memberi perlindungan 24 jam sehari tanpa mengira dimana mereka berada.

Penjaja dan peniaga kecil akan menerima faedah daripada skim ini seperti bayaran kos perubatan jika terbabit dalam kemalangan, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Cek P1MPIN di sini, hari ini.

Beliau berkata, bagi penjaja dan peniaga kecil yang meninggal dunia, wang pampasan akan diserahkan kepada waris.

Sehubungan itu, beliau meminta penjaja dan peniaga kecil yang belum mendaftar dengan SSM supaya segera berbuat demikian. - Bernama

Friday, August 2, 2013

Koperasi Sekolah Digalak Pelbagaikan Aktiviti Komersial

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan lebih banyak koperasi sekolah mempelbagaikan aktiviti komersial khususnya penghasilan produk baharu yang dapat meningkatkan pendapatan koperasi tersebut.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=967695
Published: August 02, 2013

Pengerusi Eksekutif SKM Datuk Nik Ali Mat Yunus berkata koperasi sekolah seharusnya sentiasa mengamalkan sifat berdaya saing dan daya tahan dalam menghasilkan pelbagai produk termasuk produk teknologi maklumat.

"Sekolah adalah tempat terbaik untuk pelajar menceburi dan mempelajari bidang perniagaan dan keusahawanan. Jadi anggota koperasi diharapkan dapat memulakan budaya keusahawanan ini dengan membuka kedai-kedai runcit bagi memupuk minat para pelajar," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melancarkan Projek Perisian Animasi Eksplorasi Cabaran Sejarah (ECS) Kolej Vokasional, Gombak yang merupakan projek pertama seumpamanya dihasilkan dan dipasarkan menerusi koperasi sekolah itu.

ECS adalah sebuah perisian pendidikan bercorak permainan animasi 3D bagi mata pelajaran Sejarah mencakupi sukatan tingkatan empat dan tingkatan lima untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dicipta sepasukan guru dan pelajar sekolah itu.

Perisian itu juga mendapat pengiktirafan luar negara apabila dianugerahi pingat emas dalam Program Penyelidikan Antarabangsa di Amerika Syarikat pada tahun lepas dan ia dipatenkan untuk dipasarkan ke sekolah lain sebagai bahan tambahan pembelajaran mulai hari ini.

Nik Ali berkata penciptaan perisian ECS itu merupakan ciptaan paling cemerlang pernah dihasil dan dipasarkan menerusi koperasi sekolah dan ia harus dicontohi koperasi sekolah lain.

"SKM bersedia menawarkan pelbagai pinjaman kewangan kepada mana-mana koperasi sekolah yang ingin melebarkan perniagaan mereka. Contohnya untuk ECS, kita telah beri pinjaman mudah di bawah Tabung Modal Pusingan sebanyak RM50,000 tanpa cagaran di samping memberi geran pengukuhan sebanyak RM20,000.

"Malah jika pasaran produk ini menampakkan peningkatan, kita akan tawarkan pinjaman yang lebih kompetitif untuk mengembangkan lagi produk tersebut," katanya.

Tambah Nik Ali, perubahan era pembelajaran kini yang banyak menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dilihat peluang terbaik untuk koperasi sekolah menerokai dan mencari ruang menambah pendapatan.

Pada majlis sama, Kolej Vokasional Gombak menandatangani perjanjian persefahaman di antara Asdion Hospitality Solution Sdn Bhd dan Smart Ebook Technology Sdn Bhd sebagai jalinan kerjasama untuk memasarkan produk tersebut.

-- BERNAMA

Thursday, August 1, 2013

Pilihan bijak: Dinar, jongkong atau barang kemas?

INI antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru hendak bermula menyimpan emas. “Nak simpan dinar ,gold bar atau barang kemas ye? “

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pilihan-bijak-dinar-jongkong-atau-barang-kemas-1.188779
Published: August 01, 2013

 Pilihan bijak: Dinar, jongkong atau barang kemas?

“Mana yang paling bagus?”

Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.

Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.

Dalam artikel kali ini,anda boleh baca info tentang jenis emas fizikal ini,kelebihan serta kelemahannya :

Tentang Dinar :

Kelebihan :

#Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah

#Digunakan untuk membayar zakat

#Dijadikan hantaran dan mas kawin

#Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang

#Simpan untuk pergi haji

#Tabungan/simpanan/pelaburan

Lain-lain :

•    Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga,syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

•    Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

Tentang Gold Bar :

Kelebihan

#Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi

#Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.

#Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas,dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.

#Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya

#Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak,perkahwinan,simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain :

•    Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

•    Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal.Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.

•    Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan,jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

Tentang Barang Kemas

Kelebihan

# Dijadikan barang perhiasan wanita

#Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.

# Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan,simpanan,pelaburan dan perniagaan

#Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
 
Lain-lain :

•    Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja,tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan,pelaburan dan bisnes.

•    Dari segi harga,kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah,manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah dan tiada upah tukang.

•    Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.

•    Sebaiknya jika untuk simpanan,pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916

•    Elakkan yang mempunyai banyak batu permata

•    Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%

•    Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome ( lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas )

Kesimpulannya,setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya  pelbagaikan  bentuk simpanan.Sebagai contoh,saya sendiri membeli dinar dan gold bar selepas berpuas hati dengan pelbagai koleksi barang kemas untuk dipakai.Sebelum itu saya mempunyai lebih banyak dinar dan gold bar dari barang kemas,tetapi saya seimbangkan semula.Kini saya simpan dinar dan gold bar untuk matlamat jangka masa panjang yang ingin dicapai.

Wednesday, July 31, 2013

Co-operative Commission, BNM To Set Out Assessment Framework For Deposit Taking

KUALA LUMPUR, July 30 (Bernama) -- The Malaysia Co-operative Societies Commission and Bank Negara Malaysia (BNM) will set out the operational and assessment framework when considering an application by a co-operative society to undertake deposit taking from the public, other than its own members.

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bu/newsbusiness.php?id=967020
Published: July 31, 2013

Source from (The Star Online): http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/31/Additional-diesel-approved-An-extra-25-million-litres-to-meet-demand-during-festive-season.aspx
Published: July 31, 2013

Source from (Business Times): http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/30SKM/Article/index_html
Published: July 31, 2013

Source from (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/784167
Published: July 31, 2013

Source from (The Malaysian Insider): http://www.themalaysianinsider.com/business/article/soon-a-framework-for-co-operatives-that-want-to-offer-deposit-accounts
Published: July 31, 2013

Better collaboration: Ahmad Bashah (second from left) addressing the press conference after the inking of the MoU between Bank Negara and the Malaysia Co-operative Societies Commission.
Better collaboration: Ahmad Bashah (second from left) addressing the 
press conference after the inking of the MoU between Bank Negara 
and the Malaysia Co-operative Societies Commission.

Deputy Minister of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah said the framework could ensure that co-operative societies that undertake deposit taking activity are financially sound.

Speaking during a press conference here, he said the framework aims to ensure that co-operative societies have robust governance and risk management systems in place, especially to manage liquidity and credit risks effectively.



"This is necessary to safeguard the interests of depositors," he said.

Under the Financial Services Act 2013 and Islamic Financial Services Act 2013, a co-operative society is required to obtain approval from BNM and the commission if they want to undertake a deposit taking activity from the public.

The operational and assessment framework is covered in a memorandum of understanding (MoU) inked between the commission and the central bank.

The MoU today highlights the intent of BNM and the commission to cooperate and share information in areas of common interest for the effective discharge of each other's mandates.

The MoU encompasses cooperation in the exchange of information, formulation of legislation and policies, financial inclusion initiatives, capacity building and technical cooperation as well as cooperative arrangements for financial stability.

BNM in a statement said the collaborative arrangement between the authorities will also facilitate greater cooperation between the central bank and commission in advancing the country's financial inclusion agenda.

"This would contribute towards fostering the sound and orderly development of the co-operative society sector and enhancing its contribution to national development and economic growth," it said.

-- BERNAMA

Suruhanjaya Koperasi, BNM Akan Sediakan Rangka Kerja Penilaian Untuk Aktiviti Pengambilan Deposit

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Persatuan Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mewujudkan rangka kerja operasi dan penilaian apabila menimbangkan permohonan oleh persatuan koperasi untuk menjalankan pengambilan deposit daripada orang ramai, selain ahlinya.

Source from (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rangkakerjakoperasiambildeposit/Article
Published: July 31, 2013

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bnm-skm-jalin-kerjasama-1.188527
Published: July 31, 2013

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ambildepositbukanahli/Article/index_html
Published: July 31, 2013

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130731/ek_02/BNM-dan-SKM-jalin-kerjasama
Published: July 31, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967111
Published: July 31, 2013

Rangka kerja koperasi ambil deposit
Ahmad Bashah (kiri) dan Nik Ali pada sidang media selepas majlis memeterai 
MoU antara Bank Negara dan Suruhanjaya Koperasi di Kuala Lumpur.

Ahmad Bashah Md Hanipah (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Nik 
Ali Mat Yunus, Mohammad Ibrahim dan Nor Shamsiah Mohd. Yunus pada 
majlis menandatangani kerjasama antara Bank Negara Malaysia 
dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur
BNM, SKM jalin kerjasama
Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kiri) dan 
Pengerusi Eksekutif SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus (kanan) selepas 
menandatangani perjanjian disaksikan Ahmad Bashah, di Kuala Lumpur. 

Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata rangka kerja itu boleh memastikan persatuan koperasi yang menjalankan aktiviti pengambilan deposit adalah stabil secara kewangan.

Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata rangka kerja itu menyasarkan untuk memastikan persatuan koperasi mempunyai sistem tadbir urus dan pengurusan risiko yang sesuai, terutamanya untuk menguruskan kecairan dan risiko kredit secara berkesan.

"Ini penting untuk memastikan kepentingan pendeposit terjaga," katanya.

Di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, sesebuah persatuan koperasi perlu mendapatkan kelulusan daripada BNM dan suruhanjaya itu jika mereka mahu menjalankan aktiviti pengambilan deposit daripada orang ramai.

Rangka kerja operasi dan penilaian itu terangkum dalam memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara jawatan kuasa itu dan bank pusat.

MoU itu hari ini menggariskan hasrat BNM dan jawatankuasa itu untuk bekerjasama dan berkongsi maklumat dalam bidang kepentingan bersama untuk menjalankan madat masing-masing secara berkesan.

BNM dalam satu kenyataan berkata persetujuan bersama antara pihak berkuasa itu juga akan meningkatkan kerjasama antara bank pusat dan suruhanjaya itu dalam mencapai agenda keterangkuman kewangan negara.

-- BERNAMA 

Koperasi Daerah Langkawi Akan Buka Hotel

LANGKAWI, 30 Julai (Bernama) -- Koperasi Pembangunan Daerah Langkawi (KPD), yang merupakan antara koperasi paling aktif di negara ini, dijadualkan mengurus operasi hotel 'KPD INN' hujung tahun ini.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130730/ek_10/KPD-Langkawi-bakal-urus-hotel-di-Kuah---Pengerusi
Published: July 31, 2013

Source from (Bernama): http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/bu/newsbusiness.php?id=967032
Published: July 31, 2013

Pengerusi KPD Langkawi Ismail Yaakob berkata sebuah bangunan di kawasan Langkawi Mall, Kuah, berhampiran pejabat koperasi itu, sudah dibeli untuk tujuan itu.

"Kerja-kerja pengubahsuaian yang dijangka menelan belanja RM1 juta, untuk dijadikan 45 bilik serta kemudahan lain, akan dilaksanakan sebaik memperoleh kelulusan pihak berkuasa," katanya.

Ismail berkata projek itu merupakan antara usaha KPD Langkawi untuk mempelbagaikan penyertaan dalam bidang pelancongan, di samping meningkatkan pendapatannya.

KPD Langkawi menjalankan beberapa perniagaan, termasuk stesen minyak, perniagaan pemborongan serta wakil penjual motosikal tanpa faedah.

-- BERNAMA

Rebut geran niaga

INISIATIF yang dilakukan oleh kerajaan melalui Belanjawan 2013 membantu seramai 50,000 usahawan mikro, terutamanya wanita yang berpeluang meningkatkan jualan secara dalam talian.

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130730/ke_03/Rebut-geran-niaga
Published: July 31, 2013


Golongan wanita boleh merebut peluang mempertingkatkan perniagaan mereka 
menerusi jualan dalam talian. - Gambar hiasan

Setiap seorang daripada mereka akan diberikan geran RM1,000 melalui peruntukan RM50 juta oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Program yang dinamakan Get Malaysian Business Online (GMBO ) ini telah pun dimulakan sejak 1 Januari tahun ini dan akan berakhir pada Disember 2013 nanti.

Ketua Jabatan Sekretariat Perancangan dan Koordinasi, Bahagian Pengurusan Jalur Lebar SKMM, Azizan Mohd. Afandi yang ditemui baru-baru ini berkata, objektif geran itu bagi membantu usahawan membangunkan laman sesawang, meningkatkan atau menambah baik laman sesawang sedia ada.

Menurut Azizan, sehingga kini sebanyak 58 peratus atau seramai 4,500 wanita telah memohon.
Sebanyak 26.4 peratus daripada mereka adalah wanita yang berumur di antara 26 tahun hingga 30 tahun, 22.4 peratus (31 - 35 tahun) dan 14.36 peratus ( 18-25 tahun).

Bagaimanapun kata Azizan, ini tidak bermakna wanita sahaja yang layak memohon kerana permohonan turut dibuka kepada kaum lelaki.

"Permohonan setakat ini begitu menggalakkan. Ini satu geran yang menarik untuk membantu usahawan.

"Syarat kelayakan tidak sukar, iaitu warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun dengan keutamaan kepada usahawan wanita, mempunyai syarikat yang berdaftar, laman sesawang yang aktif dengan nama domain .com.my/.my/.edu.my/.net.my/org.my.

"Juga mempunyai langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli Pusat Internet 1 Malaysia (Pl1M), memiliki akaun bank tempatan atas nama usahawan atau syarikat yang digunakan untuk perniagaan dan keutamaan kepada usahawan mikro dengan jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM200,000 setahun,'' jelas Azizan.

Beliau menambah, pemohon tidak semestinya terlibat dalam perniagaan yang berurusan jual beli.

Mereka yang memberikan perkhidmatan seperti kedai makan, tukang paip, tukang mesin rumput dan sebagainya juga layak memohon.

Setakat ini ujarnya, terdapat usahawan yang telah berjaya mempromosi perniagaan mereka melalui dalam talian.

Sebagai contoh, Kabilah Hassan, pengusaha rumpai laut di Kunak, Sabah yang pendapatan sebelumnya RM450 sebulan dan kini memperoleh RM20,000 sebulan.

Seorang lagi yang dianggap berjaya ialah Zaidi Awang dari Sik, Kedah yang mengusahakan bantal kekabu.

Dengan bantuan Internet, hasil jualan Zaidi meningkat daripada 100 biji kepada 100,000 biji sebulan dengan pendapatan RM80,000 sebulan.

"Pihak kami mahu menggalakkan penggunaan internet dan komputer sebagai cara berkomunikasi yang mudah untuk membeli barang dan menjana ekonomi.

"Jika usahawan kecil tidak mengikut trend ini mereka akan lebih ketinggalan. Mereka mesti mempunyai laman sendiri supaya lebih profesional.

"Memang ramai yang masih tidak tahu mengenai penggunaan komputer dan Internet.

" Untuk itu, kami berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan pemilik perusahaan kecil sederhana bagi memberi ceramah-ceramah di seminar dan sebagainya,'' kata Azizan.

Beliau menjelaskan, cara memohon amat mudah di mana pemohon tidak perlu menghantar borang atau menghantar dokumen.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman http://gmbo.skmm.gov.my. Jika pemohon tiada akses Internet, permohonan boleh dilakukan di Pusat Internet 1 Malaysia berdekatan. Nombor rujukan akan diberi bagi penghantaran permohonan lengkap.

Permohonan akan disemak berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam masa 30 hari bekerja atau lebih daripada tarikh permohonan yang dihantar.

Permohonan yang berjaya akan menerima sebanyak RM1,000 yang akan dikreditkan ke dalam akaun.
Bagi maklumat mengenai GMBO, hubungi 1-800-88-4040, emel gmbo@cmc.gov.my atau laman sesawang gmbo.skmm.gov.my.