Tuesday, February 14, 2012

Disasar jadi bank koperasi

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_04.htm

Published: on 14 February 2012

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. kini berada di landasan terbaik dalam merealisasikan penubuhan sebuah bank koperasi menjelang 2015.

Pengerusinya, Brigedier Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar berkata, penubuhan bank itu adalah sejajar dengan strategi untuk membawa koperasi itu ke tahap lebih tinggi.

“Segala persiapan sudah berada di tahap 50 peratus termasuk dari segi keperluan pengurusan serta logistik. Kebajikan ahli-ahli dan kakitangan koperasi ini akan tetap diberi keutamaan kerana mereka merupakan tulang belakang kepada segala kejayaan yang telah dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian dengan PC Soft (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Microlink Sdn. Bhd. untuk pengurusan keanggotaan, pembiayaan kewangan dan sistem pengurusan kebajikan anggota, di Wisma Koperasi Tentera hari ini.

Pada majlis itu, koperasi turut menandatangani perjanjian bersama dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perdagangan (NUCW) bagi pelarasan gaji kakitangan sebanyak 14 peratus.

Thursday, February 9, 2012

LTAT declares 15% payout totalling RM680m

Source From (The Sun Daily): http://www.thesundaily.my/news/289777

Published: on 09 February 2012
sunbiz@thesundaily.com

PETALING JAYA (Feb 9, 2012): The Malaysian Armed Forces Fund (LTAT) has announced a record profit of RM862.7 million for the financial year ended Dec 31, 2011 (FY11), its highest since its inception 39 years ago.

This is an increase of 14.8% from the RM751.5 million profit in FY10.
Members will receive total dividends and bonuses at a rate of 15%, amounting to RM680.4 million, compared with 14% in 2010, said LTAT.

"The payout comprising of 7% dividend, 1% bonus and 7% special bonus in the form of unit trusts reflects an increase of 10% in total payout compared with last year's RM616.3 million," the fund said in a statement yesterday.

As at Dec 31, 2011, LTAT's total assets saw an increase of 5.3% to RM8 billion from RM7.6 billion a year ago, while members' contribution account stood at RM7.1 billion compared with RM6.7 billion.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the fund will continue to look out for strategic investment opportunities in line with its efforts to continue enhancing value for its members.

For FY11, LTAT paid out a total of RM705.7 million to 6,115 members who retired and RM23.3 million to 4,034 members who are eligible to purchase houses or land under the housing withdrawal scheme.

In addition, RM6.5 million was paid out to 267 members under the death and disability benefits scheme.
LTAT also increased its e-kiosk facilities to 77 units last year from 67 units in 2010. These are placed at major military camps throughout the country.

LTAT, through its affordable housing programme, has also completed and sold 1,650 homes in Mutiara Rini in Johor, Mutiara Damansara in Selangor and Taman LTAT in Bukit Jalil, Kuala Lumpur to members of the armed forces.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan Rekod tertinggi

Source From (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm

Published: on 09 February 2012

KUALA LUMPUR 8 Feb. - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan jumlah pendapatan belum audit yang tertinggi sejak penubuhannya bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2011 sebanyak RM862.7 juta, meningkat 14.8 peratus berbanding RM751.5 juta pada tahun lalu.

LTAT dalam kenyataannya di sini hari ini, berkata, pihaknya telah merekodkan peningkatan 5.3 peratus dalam jumlah aset kepada RM8 bilion berbanding RM7.1 bilion tahun lalu manakala kedudukan Akaun Caruman Ahli pula berjumlah RM7.1 bilion berbanding RM6.7 bilion sebelumnya.

Keputusan cemerlang ini membolehkan pencarum LTAT menerima dividen dan bonus keseluruhan sebanyak 15 peratus, yang membabitkan pembayaran berjumlah RM680.4 juta berbanding 14 peratus pada 2010.
Bayaran tersebut meliputi dividen sebanyak tujuh peratus, bonus satu peratus dan bonus khas tujuh peratus dalam bentuk unit amanah.

Dalam tempoh itu juga, LTAT telah membayar sejumlah RM705.7 juta kepada 6,115 ahli-ahli yang mengeluarkan caruman persaraan dan RM23.3 juta kepada 4,034 ahli-ahli yang layak untuk mengeluarkan caruman bagi tujuan membeli rumah kediaman pertama atau tanah untuk membina rumah kediaman di bawah Skim Pengeluaran Caruman Untuk Membeli Rumah.

Selain daripada itu, sebanyak RM6.5 juta telah dibayar kepada 267 ahli-ahli di bawah Skim Faedah Khairat Kematian dan Hilang Upaya.

Daripada jumlah tersebut, RM4.6 juta dibayar kepada 192 waris pencarum yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan di bawah Skim Faedah Khairat Kematian, manakala RM1.9 juta dibayar kepada 75 pencarum yang diberhentikan daripada perkhidmatan atas sebab-sebab kecacatan fikiran atau tubuh badan di bawah Skim Faedah Hilang Upaya.

Tuesday, January 31, 2012

Program TUKAR mampu jana ekonomi peniaga kedai runcit

Source From (Berita Harian): http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ProgramTUKARmampujanaekonomipeniagakedairuncit/Article

Published: on 30 January 2012

Tesco Stores komited bantu kerajaan modenkan kedai kecil

TESCO Stores (Malaysia) Sdn Bhd komited untuk membantu kerajaan memodenkan perniagaan runcit di negara ini menerusi Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR), yang dijangka mampu menjana pertumbuhan ekonomi.

Ketua Eksekutifnya, Sung-Hwan Do, berkata Tesco amat berbesar hati dapat membantu pemilik kedai runcit kecil untuk beroperasi dengan lebih baik dan setakat ini, mengubah wajah 101 kedai seluruh Semenanjung Malaysia di bawah program itu. Bercakap kepada Bernama selepas pelancaran semula Pasar Mini Harvest Packaging, iaitu antara peserta di bawah program TUKAR, kelmarin, Do berkata, Tesco akan mengubah wajah 100 lagi kedai tahun ini.

Pelancarannya disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Program TUKAR dimulakan untuk membantu kedai kecil meningkatkan daya saing mereka menerusi penggunaan teknologi moden. Ia juga menggalakkan pemindahan pemilikan daripada generasi lama kepada generasi baru.

Sementara itu, Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Kerajaan Tesco, Azlam Shah Alias, berkata pasar raya besar itu melabur RM150,000 untuk transformasi perintis membabitkan dua kedai di Shah Alam dan Puchong.

"Ini adalah kali pertama di dunia, yang mana pasar raya besar membantu mentransformasikan perniagaan kecil. Ia tidak pernah dilakukan di mana-mana juga di dunia," katanya.

Beliau berkata, Tesco memperuntukkan lebih 100 kakitangannya untuk program TUKAR, yang mana mereka bertindak sebagai perunding dengan pekedai runcit dari segi reka letak kedai, rangkaian produk, tempat peraga serta latihan untuk pengurusan operasi kedai moden.

“Transformasi ini amat berjaya sekali sehinggakan semua kedai yang menyertainya mencatatkan purata pertumbuhan 40 peratus dari segi pendapatan.

"Sebuah kedai di Gombak mencatatkan pertumbuhan jualan 94 peratus. Pemiliknya begitu gembira melihat kedainya begitu moden dan mudah diakses. Hasilnya, ia mencatatkan peningkatan dalam kekerapan dan pembelian pengguna," tambahnya.

Pemilik Pasar Raya Harvest Pac-kaging, Jessica Wong, berkata tiga bulan selepas kedainya dibuka semula, ia mencatatkan kenaikan 30 peratus dalam aliran pengguna dan lonjakan 60 peratus untuk jualan.