Tuesday, June 19, 2012

Dinar, dirham Kelantan tarik perhatian Pakistan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/dinar-dirham-kelantan-tarik-perhatian-pakistan-1.57236

Published: Jun 18, 2012

Datuk Husam Musa
$entry.content.caption.value

KOTA BHARU - Kejayaan Kerajaan Negeri Kelantan memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham bercirikan hologram iaitu yang pertama di dunia menarik perhatian Pakistan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, selaras dengan itu negara tersebut akan memeterai perjanjian dengan negeri ini bagi membantu mereka mengeluarkan dinar dan dirham sendiri.

"Esok kita akan mengadakan sidang media berkaitan perkara tersebut dan berharap ia akan berjalan lancar," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Majlis Perasmian Ekspo

Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasmikannya dan Gabenor Wilayah Qom Iran, Mohamed Hussien.

Menurutnya, selain itu ekspo yang diadakan memberi peluang Kelantan memperkenalkan penggunakan dinar dan dirham ke peringkat antarabangsa apabila ia turut disertai oleh beberapa negara lain seperti Iran, Indonesia, Turki, China dan beberapa negara lain lagi.

Husam berkata, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh negara-negara lain ia membuatkan Kerajaan Kelantan merasakan mereka tidak bersendiri.

Beliau berkata, Kelantan boleh berkembang dari segi ekonomi dan apa yang dilakukan ini merupakan kesinambungan daripada ekspo Cheng Ho yang diadakan sebelum ini.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengajak negara-negara Islam bersatu bagi menghasilkan ciptaan canggih setaraf dengan negara barat bagi mengembalikan semula kegemilangan di zaman saintis-saintis Islam.

"Kebiasaannya kita sudah lihat banyak produk makanan yang dihasilkan kenapa tidak kali ini kita bergabung dan mencipa alatan canggih pula.

"Saya yakin ia tidak mustahil kerana umat Islam terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya di mana ia akan menjadi kelebihan kepada kita semua," katanya memberikan cadangan semasa menyampaikan ucapan perasmian.

Sunday, June 17, 2012

Tekun - Salur RM2.11b

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SalurRM2_11b/Article/index_html

Published: Jun 16, 2012
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
bisnes@hmetro.com.my

SEBANYAK 215,608 peniaga kecil seluruh negara memperoleh nikmat apabila Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengeluarkan pinjaman sebanyak RM2.11 billion sejak penubuhannya kira-kira 13 tahun lalu hingga semalam.

Bantuan pinjaman disediakan itu bukan hanya bertujuan bagi meningkatkan modal pusingan dan memulakan perniagaan, malah mengelakkan peniaga kecil terjerat dengan hutang ceti haram atau along.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata, di Perak saja sebanyak RM153.2 juta dikeluarkan untuk pinjaman kepada 17,028 usahawan Bumiputera dalam tempoh sama.
“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, Tekun sudah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM206.7 juta kepada 14,338 usahawan di seluruh negara.

“Dalam tempoh itu juga, seramai 898 usahawan negeri Perak menerima pinjaman berjumlah RM13.2 juta. “Hari ini saja Tekun menyampaikan pinjaman sebanyak RM1.8 juta untuk 119 usahawan di Perak,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Usahawan Tekun di Marina Island di Lumut, Perak semalam.

Seramai enam usahawan menerima Anugerah Usahawan Tekun Cemerlang dan menerima hadiah berupa sijil dan piala yang disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Zambry.

Kira-kira 1,000 usahawan Bumiputera hadir pada majlis itu.

Menurutnya, pinjaman Tekun turut bertujuan mengatasi kebergantungan segelintir peniaga dan ahli perniagaan terhadap golongan ceti haram atau along. “Kami tidak akan memberi pinjaman kepada individu bagi tujuan perniagaan sekiranya pemohon turut meminjam daripada along untuk tujuan peribadi.

“Bagaimanapun pinjaman Tekun boleh diberikan kepada pemohon yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan memerlukan suntikan tambahan dalam jumlah besar,” katanya.

Berhubung isu bayaran balik pinjaman, Abdul Rahim berkata, keadaan memuaskan berasaskan tujuh daripada 10 peminjam berjaya melunaskan ansuran bulanan manakala selebihnya diselubungi masalah sendiri.

Namun, katanya, Tekun sentiasa membuka pintu rundingan kepada peminjam supaya mereka tidak merasa tertekan bagi membayar kembali pinjaman itu.

Katanya, beliau sering mengulangi peringatan bahawa Tekun diwujudkan untuk membantu usahawan kecil Bumiputera agar berjaya, dan pada masa sama Tekun membantu usahawan kecil bangsa lain termasuk Cina dan India melalui tabung khas.

“Menurut rekod, Tekun berjaya memberi pinjaman sebanyak RM311 juta tahun lalu sedangkan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM120 juta.

“Ini berlaku disebabkan ansuran pinjaman diterima daripada usahawan yang membolehkan jumlah terbabit dapat dikeluarkan semula kepada peminjam,” katanya.

Dua projek baru KSB

KOPERASI Shamelin Berhad (KSB) kini giat membangunkan dua projek pembangunan bercampur di Taman Shamelin Perkasa yang dijangka siap tiga tahun lagi.

Source from (Harian Metro): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DuaprojekbaruKSB/Article/index_html
Published: Jun 16, 2012

Bendaharinya, Dr Arriffin Mansor berkata, dua projek berkenaan iaitu Shamelin Star dan satu lagi belum diberi nama masing-masing mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM400 juta dan RM40 juta.

“Pembangunan Shamelin Star merangkumi pembangunan kediaman jenis kondominium dan lot komersial di kawasan seluas 1.2 hektar. Manakala, satu lagi projek pembangunan jenis sama seperti Shamelin Star dibina di kawasan seluas 0.4 hektar,” katanya.

Menurutnya, projek pembangunan itu dijalankan secara kerjasama dengan anak syarikatnya, KSB Hartanah Sdn Bhd dengan syarikat lain dan KSB akan meneruskan kerja penyelenggaraan selepas bangunan mula beroperasi melalui anak syarikatnya, KSB Selenggara Sdn Bhd.

“Kedua-dua anak syarikat KSB ditubuhkan bagi memantau kelancaran operasi perniagaan kami dalam sektor hartanah,” katanya.

Arriffin berkata, selain cabang hartanah KSB turut menjalankan operasi perniagaan pelbagai peringkat (MLM) melalui anak syarikatnya, Shamelin Bina Sdn Bhd yang memasarkan produk berasaskan manggis dikenali sebagai Mangostyn Juice.

“Pada 2010 hingga 2011, Shamelin Bina memperoleh pulangan sehingga RM20 juta dan berjaya melahirkan lebih 10 jutawan.

“Namun, pada tahun ini kami tampil dengan pasukan dan pelan pemasaran baru bagi membentuk lebih ramai jutawan dan membantu usahawan memperoleh pendapatan enam angka sebulan,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya dijangka akan tampil dengan produk baru dikenali sebagai Mangostyn Prebiotik Plus akhir bulan ini iaitu versi dipertingkat daripada Mangostyn Juice yang diperbuat dalam bentuk serbuk.

Tuesday, June 12, 2012

Bank dicadang tubuh dana modal teroka bantu usahawan

Source from (Utusan Malaysia): http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_02.htm

Published: Jun 11, 2012

IPOH 10 Jun - Sesi pertama perbincangan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang meliputi makroekonomi, sektoral dan sosial, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, perbincangan yang bertemakan "Inisiatif Baharu dalam Meningkatkan Pelaburan Swasta" itu melibatkan beberapa pihak, antaranya ahli perniagaan dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Perbincangan topik tersebut akan berpandukan kepada 84 memorandum yang diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di sini, hari ini.

Ahmad Husni berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan termasuklah menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi kehendak kumpulan dasar.

Bagi isu sektoral, aspek yang yang diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk meningkatkan sektor kewangan Islam, manakala isu sosial berkaitan dengan memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.

"Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan daya saing," katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun itu berkata, sesi pertama perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan diikuti kemudiannya perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan media massa bagi mendapatkan input dan maklum balas dalam penyediaan bajet 2013.

"Kita mahu dapatkan sebanyak maklumat daripada semua sektor masyarakat bagi membolehkan kita menilai apakah pandangan daripada mereka," jelasnya.

Kementerian Kewangan sebelum ini telah mengadakan Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 pada 29 Mei lepas yang bertemakan "Memacu Transformasi ke Arah Negara Maju". - BERNAMA

Sesi pertama bincang penyediaan Bajet 2013

Source from (Sinar Online): http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SesipertamabincangpenyediaanBajet2013/Article/index_html

Published: Jun 11, 2012

SESI pertama perundingan Kumpulan Tumpuan yang diadakan pada 13 Jun ini akan membincangkan 16 topik penyediaan Bajet 2013 yang antaranya termasuk makroekonomi, sektoral dan sosial.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perbincangan yang bertemakan ‘Inisiatif Baru dalam Meningkatkan Pelaburan Swasta’ itu membabitkan beberapa pihak antaranya ahli perniagaan dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Perbincangan topik ini akan berpandukan kepada 84 memorandum yang diterima kementerian daripada pihak terbabit merangkumi 20 aspek makroekonomi, 49 sektoral dan 15 sosial,” katanya selepas merasmikan program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia di Ipoh, Perak, semalam.

Beliau berkata, antara aspek makroekonomi yang diketengahkan termasuk menjana permintaan dalaman melalui peningkatan pendapatan, penggubalan dasar ekonomi makro dan mikro serta strategi bagi memenuhi kehendak kumpulan dasar.

Bagi isu sektoral, aspek yang yang diberi tumpuan ialah mempertingkatkan sistem kewangan Islam, pembangunan kaunter Islam serta penambahbaikan pendidikan syariah untuk meningkatkan sektor kewangan Islam manakala isu sosial berkaitan dengan memperkukuh perpaduan sosial dan mengetengahkan isu belia.

“Perbincangan ini adalah ke arah untuk mengatasi persoalan yang mereka hadapi daripada segi pelaburan swasta, pembangunan sumber manusia dan daya saing,” katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, sesi pertama perbincangan dijangka mengambil masa kira-kira dua bulan dan dikuti perjumpaan dengan ahli akademik, badan profesional, kumpulan pemikir dan media massa bagi mendapatkan input. -Bernama 

Monday, June 11, 2012

KPDNKP sasar sejuta ahli menjelang akhir tahun

BERA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKP) menyasarkan satu juta kad keahlian dapat dikeluarkan kepada ahli koperasi menjelang akhir tahun ini.

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kpdnkp-sasar-sejuta-ahli-menjelang-akhir-tahun-1.55078
Published: Jun 10, 2012

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi membolehkan ahli koperasi mendapat potongan harga ketika membeli belah di kedai atau pasar raya tersenarai termasuk di kedai koperasi.

 "Sehingga kini 100,000 kad keahlian koperasi telah dikeluarkan yang secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan ahli koperasi selain menggalakkan mereka berbelanja di kedai kedai koperasi yang akhirnya mendatangkan keuntungan kepada koperasi .

"Apabila koperasi untung, dividen dapat dibahagikan kepada ahli-ahlinya," kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bera di Kerayong, Bera, hari ini.

Beliau berkata kejayaan koperasi di luar negara perlu dicontohi kerana ahli-ahli sangat amanah dan taat kepada koperasi masing masing.

"Koperasi di Jepun dan Korea Selatan misalnya, bukan sahaja berjaya mengawal pasaran, malah 30 peratus ekonomi negara terbabit dikuasai koperasi disebabkan ahli serta lembaga pengarah beramanah, berdaya saing selain bertanggungjawab.

"Saya yakin koperasi kita juga boleh maju dan berkembang jika semua pihak termasuk ahli memberi sokongan padu kepada koperasi supaya maju," katanya.

Mengenai harga minyak, Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kesulitan rakyat.

"Kerajaan akan mengawal jika harga minyak naik, dan akan menurunkan harga jika minyak turun harga, malah kerajaan akan terus memberi subsidi kepada rakyat.

"Bagi minyak RON 95, kerajaan telah memberikan subsidi 70 sen seliter dengan harga sekarang RM1.90, manakala RON 97 pula harganya turun 10 sen baru baru ini dengan harga sekarang RM2.80 seliter jauh lebih murah daripada yang dijual di negara-negara jiran," katanya. - Bernama

Program Francais komuniti tarik 732 penyertaan

Source from (Sinar Online): http://www.sinarharian.com.my/bisnes/program-francais-komuniti-tarik-732-penyertaan-1.55060

Published: Jun 10, 2012

BUTTERWORTH - Program Francais Komuniti yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu, berjaya menarik penyertaan 732 francais berpotensi dalam pelbagai bidang perniagaan dengan anggaran nilai pelaburan RM80.168 juta.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Saripuddin Kassim berkata pencapaian program itu amat membanggakan  memandangkan program itu baru saja dilancarkan di 10 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Katanya program itu berjaya mencatatkan pencapaian nilai potensi pelaburan sebanyak RM21 juta bagi francais mikro iaitu melibatkan modal kurang daripada RM50,000 dan RM59 juta bagi francais makro (modal melebihi RM50,000).

"Ini merupakan satu jumlah yang agak memberangsangkan dan terbukti sistem francais boleh mewujudkan golongan usahawan tempatan yang berkemampuan untuk menguruskan perniagaan dengan berkesan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Francais Komuniti Peringkat Pulau Pinang di perkarangan rumah pangsa Kompleks D, Seberang Jaya di sini malam tadi.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar  Shah.
Saripuddin berkata program berkenaan juga berjaya membuka minda masyarakat yang sebelum ini berpandangan bahawa program francais hanya untuk peniaga yang mempunyai modal besar antara RM500,000 dan RM1 juta.

Katanya kerajaan turut memperuntukkan RM8 juta sebagai skim pinjaman mikro yang dinamakan Skim Pinjaman Kecil Francais (SPKF) kepada mereka yang mahu memulakan perniagaan francais.

"Sehingga Khamis lepas, kerajaan telah meluluskan sebanyak RM3.45 juta kepada 151 bakal francaisi untuk memulakan perniagaan mereka.

"Jadi saya harap mana-mana usahawan yang berminat supaya merebut peluang untuk mendapatkan baki dana kira-kira RM4.45 juta bagi memulakan perniagaan francais melalui program berkenaan," katanya.
Beliau berkata kerajaan percaya perniagaan francais dapat membantu menambah pendapatan isi rumah bagi mengimbangi pendapatan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin tinggi dari semasa ke semasa. - Bernama